Monday, November 9, 2009

Adib : Measles

Seminggu yg lalu, adib demam. tak sempat nak blogkan

bermula hari sabtu, dedar2. saya tuam dan kerapkan penyusuan (direct feeding)

menjelang tghari, lega sikit dan kami dapat pergi jemputan kahwin office mate lama saya - Fatihah.

masa kat majlis, dia kembali hangat badannya. kami terus ke Pulau gadong, Melaka sebab nak pulang kereta anak saudara.

lepas maghrib kami bertolak balik dan sampai kat rumah. tuam semula kepala dan badan adib dengan air RX dan ais. malam tu kami cuma bg ubat "roket" se das. suhu turun semula.

hari ahad, adib masih panas dan kerap merengek, tak mau main sendiri, padahal dia sangat mudah menjaganya, asal kenyang, dia akan main sendiri, merayau ke sana ke mari dan bila lapar/haus/letih , BF kan dia, masuk buai / atas tilam dan tidur. tapi rengekkannya mengambarkan ketidak selesaan. jadi pg tu kami bawa ke klinik. suhu cecah 39. dr cuma bg ubat demam, sebab saya tak mau dia dibekalkan dengan antibiotik.

sejak sabtu, saya tak mandikan dia sebab takut2 nak keluar Campak (measles). lap2 kan saja.

tapi Ahad malam isnin tu, jam 12 malam boleh pulak dia melalak, meraung. panik jugak kami. suhunya. saya lapkan dengan air dan ais lagi, dan bg ubat roket sedas lg. lambatnya panas dia nak turun, saya BF kan dia dalam dia nangis2 sampai kami sama2 terlelap, padahal tadi saya dan abang dah hampir nak siap2 ke hospital.

sedar2 dah 6 pg, badannya masih panas. lepas solat saya masih berbaring2 layankan adib yg masih menyusu. saya ambik cuti kecemasan.

bila siang, saya bawa tiga2 anak utk timbang di klinik desa. Alang2 dah cuti bawak diorang timbang. Dengan keadaan adib yg tak sihat, nurse pesan supaya monitor khuatir H1N1 gelombang kedua.

ke rumah baby sitter hanya adam sorang yg saya hantar, saya perlu kerap BF adib dan monitor demamnya.

menjelang petang panasnya semakin kurang.

esoknya punya cerita (selasa) balik kerja dan ambik the 2 boys, haaaa muka dan badan adib dah keluar bintik2 merah. Mommy dia kata "Campak dia dah keluar dah. akak dah siap bg minum air kelapa".

Itu lah kisah adib demam. Sejak dia lahir ni la first time dia kena demam kuat.

0 comments: