Kobis goreng bersama udang
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang merah dicincang
1 biji bawang putih dicincang
1/4 Kobis di potong2 kecil
10 ekor udang saiz sederhana
1 batang serai di potong
1 inci halia di hiris kasar
sedikit garam
cara masak:
panaskan sedikit minyak, tumis semua bawang dan halia, masukkan udang, kacau2 kemudian masukkan sayur, last sekali baru masukkan halia. dan garam sebagai perisa.
sejak2 ni saya selalu kehilangan skill memasak, mgkin kerana dah jarang memasak agaknya.
mula2 nak buat sambal udang, tapi malas pulak sebab nanti kena masak 2 lauk sebab nurin dan adam tak makan pedas. jadi saya tukar resepi lain.
wah waktu makan nurin tambah nasi, sebab dia kata lauknya sedap.
abang pun kata sedap walaupun dia tak tambah nasi, kenyang katanya sebab saya dah hidangkan dia dengan sepotong pizza dan secawan nescafe masa dia sedang menonton Buletin Utama semasa saya memasak.
Adam, no komen. cukup syukur kalau time dia makan dia tak terbalikkan pinggan atau tabur nasi atas lantai, atau masukkan tangan dalam mangkuk lauk.
nota: tak ada gambar sebab sibuk sangat menjamu selera dan melayan anak2 makan.
2 comments:
salam bina..happy besday to 7 eleven girl si Nurin..kecian adam demam..kalo iena last2 mesti pi dr er tu..habis ratus demam pun baik..keh3..
Bina kejer kat hospital muar yer??bahagian it ker..baru2 ni kolej iena ader buat kursus adobe..kalo berminat nanti inform k...
tq 4 d wishes.
iena kolej apa?
haa ni tgh belajar adobe (sdn bhd)
Post a Comment