Showing posts with label Adib. Show all posts
Showing posts with label Adib. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Adib : langkah pertama (tak sengaja)

Alhamdulillah, syukur.

Umur Adib 1 tahun 4 bulan dan beberapa hari.

Bila jawab pertanyaan orang, biasa2nya ipar duai lah, reaksi mereka, eh belum jalan lagi?

Aaah belum. ringkas je jawapan saya.

Tak pe lah, biar dia puas explore rumah dengan gaya bebas dia sekarang (merangkak). Asalkan dia sihat, sambil2 kita lihat juga perkembangan kesihatan mental dan fizikalnya.

Bila dah berjalan nanti kena lebih lagi prihatin dengan langkah dia, lantai licin atau tidak, ke mana dia pergi. Kena pasang kasut penggera (kasut yang berbunyi2 tu :) ) supaya tau mana dia pergi.

Malam tadi sedang, layan anak2 makan depan TV sambil tengok MENTOR. Selingan-Eh! macam konfius dengan keputusan Ila Damia terkeluar.

Tiba2 cik abang saya jerit-jerit Adib jalan! Adib jalan!

Alhamdulillah, Subhanallah.

Rasanya, Adib pun tak perasan yang dia dah 'ter' berjalan masa dia cuba bagi barang kat ayah.

Elok je ptg semalam masih jalan berpaut-paut pada kerusi, meja dinding, tangga dan apa saja tergapai oleh tangannya. Mulut ni ada juga ucap, ni tak lama ni berjalan la ni.

Sudahnya selepas kejayaan pertama dia tak henti-henti membuat cubaan. Banyak kali berjaya, walaupun 3-4 langkah jatuh bangun semula, jatuh lagi dan lagi.

Hinggakan tidurnya tak lena, kejap-kejap menangis. Kepenatan agaknya. Lupa pula nak gosok kakinya dengan minyak macam biasa.











Nota: tiada gambar adib berjalan.

.

Tuesday, February 16, 2010

Adib 1st birthday

Tiada apa yang istimewa sempena hari lahirnya. Doa sebagai pelengkap, dan yang penting sekali saya ada di rumah bersama Adib dan yang lain2 (Nurin, Adam dan ayahnya).


16 februari 2009, setahun yang lalu diketika ini, jam 11.30 pagi saya baru sampai di Tey Maternity Muar. Kena bebel2 dengan Dr. Tey, kena sound kenapa lambat datang sebab bukaan dah 5 cm masa tu. dan selepas berperang dengan contraction lebih kurang 1 1/4 jam Adib lahir berdesup keluar bersama2 air mentuban yang pecah sendiri.

Perkembangannya biasa sahaja, baru belajar berpaut, berdiri, walau agak lambat berbanding yang lain, namun syukur ada peningkatan. Badan cekedingnya tu menampakkan dia masih terlalu kecil, seolah2 bayi baru lahir.

Semoga Adib serta Nurin juga Adam membesar dengan sihat, bijak dan soleh.

Friday, January 8, 2010

Tidur luar bilik

Apakah salah saya hinggakan terpaksa tidur diluar bilik malam tadi.

isk...isk...isk..

sedih......

:(

Malam jumaat, saya menghukum diri tidur diluar......


Ni la kerja budak lelaki yg kecik 2 orang tu. Bukan kerja ayah nya ya.


malam yg begitu mengharukan....

boleh Adam dan Adib pakat bangun jam 2 pagi, sorang merengek, BF tak nak, apa pun tak nak,

sorang lg mintak diurutkan tangan kanannya (Adam), tak boleh berenti, nanti dia merengek.

sampai jam 3.45 pg saya yg tidur2 ayam, sambil BF sambil mengurut. Urut hand to hand eh, bukan urut B2B

:P

en suami, saya kejutkan dia untuk bersama2 melayan kerenah the boys....

akhirnya dia juga yg dah keletihan disiang hari, mamai2 melayan mereka.

ajaibnya, si adib boleh pulak senyap bila bayangan saya tak ada depan dia.

telinga dan nafsu tidur saya dah tak boleh tahan dengan rengekkan dia,


akhirnya saya dengan adam tidur atas karpet luar pintu bilik. terpaksa lah rela tinggalkan tilam King empuk yg baru 2 hari beli.

Hampir jam 4.45 pagi baru mata ni dapat lelap, sbb si Adam pula berzikir di luar pintu bilik panggil ayah, ayah dan ayah...... mungkin musykil kenapa ayah, adib dan kakak tak ikut tidur luar bilik bersama kami.



Friday, December 4, 2009

Adib

A progress.

Di usian lbh kurang 9 bulan lebih baru Adib mula nak panjat2 dinding atau kerusi yg rendah. Itu pun kerap jatuh lg. Sudah mula duduk tapi belum mampu ampu badan - membongkok.


Dia sibuk duduk di pintu, sebab abang dan kakak suara riuh rendah kat luar, sedang disuap makan oleh ayah mereka. tentu tensen tak dapat turut serta















Friday, November 13, 2009

2 butir permata

Gigi adib 2 yang pertama dah tumbuh. gambar ni saya snap 4 hari lepas. Dah boleh nampak tapi samar2.

Yang tak tahan tu masa BF kan dia. Kadang2 dek kerana gusi gatal agaknya tu yg dia gigit.Aaaaa tension akak. Sakit la nak oiii..

Semalam dah semakin jelas giginya.




lagi 3 hari akan genap 9 bulan, tapi masih duk menyelar/mengesot. rasanya kalau dibandingkan dengan bayi seusia dia dah ada yg merangkak atau kalau lebih maju dah ada yg berpapah pada kerusi atau dinding.

risau sangat tu tidak le ttg perkembangan dia, asalkan dia sihat. cumanya yg saya tak tahan atau kesian, bila dia nak ikut abang atau kakaknya keluar masuk bilik terpaksa la bersungguh2 mengesot. Tapi nanti kalau dah dapat kaki... ha siap lah bertiga tu bikin gamat kat rumah.

Monday, November 9, 2009

Adib : Measles

Seminggu yg lalu, adib demam. tak sempat nak blogkan

bermula hari sabtu, dedar2. saya tuam dan kerapkan penyusuan (direct feeding)

menjelang tghari, lega sikit dan kami dapat pergi jemputan kahwin office mate lama saya - Fatihah.

masa kat majlis, dia kembali hangat badannya. kami terus ke Pulau gadong, Melaka sebab nak pulang kereta anak saudara.

lepas maghrib kami bertolak balik dan sampai kat rumah. tuam semula kepala dan badan adib dengan air RX dan ais. malam tu kami cuma bg ubat "roket" se das. suhu turun semula.

hari ahad, adib masih panas dan kerap merengek, tak mau main sendiri, padahal dia sangat mudah menjaganya, asal kenyang, dia akan main sendiri, merayau ke sana ke mari dan bila lapar/haus/letih , BF kan dia, masuk buai / atas tilam dan tidur. tapi rengekkannya mengambarkan ketidak selesaan. jadi pg tu kami bawa ke klinik. suhu cecah 39. dr cuma bg ubat demam, sebab saya tak mau dia dibekalkan dengan antibiotik.

sejak sabtu, saya tak mandikan dia sebab takut2 nak keluar Campak (measles). lap2 kan saja.

tapi Ahad malam isnin tu, jam 12 malam boleh pulak dia melalak, meraung. panik jugak kami. suhunya. saya lapkan dengan air dan ais lagi, dan bg ubat roket sedas lg. lambatnya panas dia nak turun, saya BF kan dia dalam dia nangis2 sampai kami sama2 terlelap, padahal tadi saya dan abang dah hampir nak siap2 ke hospital.

sedar2 dah 6 pg, badannya masih panas. lepas solat saya masih berbaring2 layankan adib yg masih menyusu. saya ambik cuti kecemasan.

bila siang, saya bawa tiga2 anak utk timbang di klinik desa. Alang2 dah cuti bawak diorang timbang. Dengan keadaan adib yg tak sihat, nurse pesan supaya monitor khuatir H1N1 gelombang kedua.

ke rumah baby sitter hanya adam sorang yg saya hantar, saya perlu kerap BF adib dan monitor demamnya.

menjelang petang panasnya semakin kurang.

esoknya punya cerita (selasa) balik kerja dan ambik the 2 boys, haaaa muka dan badan adib dah keluar bintik2 merah. Mommy dia kata "Campak dia dah keluar dah. akak dah siap bg minum air kelapa".

Itu lah kisah adib demam. Sejak dia lahir ni la first time dia kena demam kuat.

Thursday, July 9, 2009

He can be anywhere

dia boleh berada di mana sahaja, terdampar jauh dari pembaringan bagai di bawa ombak tsunami....









Boleh temui dia di bawah meja,






Atau bersiap sedia untuk camera shoot....





Monday, July 6, 2009

Saya sedang menyiapkan bekalan Adib utk ke rumah mak saya. Oleh kerana baby sitter mintak cuti esok sebab nak hantar anak mendaftar belajar, anak saya akan diterbangkan khas ke rumah atuk. Saya khuatir en abang tak tertangan nak menghandle 3 kanak2 serentak. Maka dengan tak sampai hatinya saya terpaksa mintak tolong dengan mak saya yang tercinta.
Satu cabaran juga utk en abang, nak uruskan Adam yg masih belumk pulih sepenuhnya, yg makin tambah akal suka suki nak merajuk walaupun kerana hal yg kecil.

Dan mula minggu ni dia sudah pandai iri hati dengan adik yg sedang nenen, maka dia pun merengek2 nak mintak di riba 0r di dokong. Aduhai kasihan dia.....

Tadi Nurin dok berzikir di telinga saya mintak saya betulkan PC pasal utube Upin dan Ipin dia tak bunyi. Tak tau silap tang mana, pasal sound mp3 lain boleh pulak dengar. Mungkin boleh digeledah cari apa sebab tak bunyi, tapi ibu dia sibuk kira produk2 Srasee yg nak di order dari kompeni.

Sunday, June 7, 2009

si comel yg botak...

belum jd proffesor dah botak dulu...

Friday, June 5, 2009

Botak

Sejak minggu lepas saya nampak bald spot di kepala si kecil Adib. Betul2 pada pusar rambut nya yang cuma satu tu. Mula2 saya biarkan saja, sebab menayngka itu perkara biasa bg bayi yg pada usia 3 bulan yg mana biasa berlaku gugur/botak atau ada orang gelarkan cukur bantal.

Tapi pelik pulak sebab hanya di kawasan pusar rambut dia sahaja yg botak. sedangkan di belakang kepalanya rambut masih maintain seperti biasa.

Hasil browsing dan melalui pendengaran di radio ttg produk KELS, saya beli krim ni untuk disapu pada kulit kepalanya. Si ibu dan ayah pun boleh guna untuk mengurangkan benih2 dan pucuk2 muda si PUTIH (uban) yang mula tumbuh dikepala.

Tuesday, May 26, 2009

Adib 3 1/2 month

Saya dah tak berani nak tinggal si kecik ni berseorangan. Menjengah je ke usia 3 bulan 1/2 dia sudah berjaya meniarap. Saya kira agak cepat berbanding dengan anak2 yg lain. dan cepat juga bg seorang bayi. Hmmm zaman sekarang, perkembangan kanak2 terlalu cepat berbanding dengan usianya.

Dah beberapa kali dia meniarap dan lemas bila mukanya tersembam ke tilam. tengkuk masih belum boleh tahan lama nak maintain kepala tu tegak.


kontrol hensem ye, nak amik gambo.

Tumpas kerana dah letih.

Tuesday, May 12, 2009

More EBM on demand

last time saya menulis ttg Adib refuse untuk minum melalui puting atau minum juga tapi sambil
menangis sambil menolak dengan lidahnya.

Pagi tadi saya sms babysitter nak tanya stok ais krim Adib (EBM sebenarnya) ada lg @ tidak sbb smlm pg saya supply lebih sedikit dari biasa.

babby sitter reply kata stok semalam dah abis, malah tak cukup. "dah pandai isap puting dan kuat minum". Alhamdulillah doa ku termakbul jua.Amiiin.....

So pg ni saya bekalkan 5 stick EBM, lebih kurang 14 oz untuk bekalan dari 8pagi hingga 6 petang

Wah saya rajin2 kan diri buat stok EBM untuk anak terchenta

:)

Thursday, February 26, 2009

Slightly jaundis

Baru saje balik dari klinik. Orang baru kena jaundis. So masuk harini dah 3 kali / 3 hari kena amik darah dari tumitnya yg comel itu.


Masa keluar dari klinik maternity haritu bacaan jaundisnya adalah 10 pada usia 5 hari. hari ke 7 -8.2, hari ke 8 - 9.6, hari ke 10 - 8.4. Rasanya dah ok kot. Menurut nurse biasanya kena admit kalau bacaan jejak ke 18 ke atas. duduk bawah lampu UV tu. tapi bergantung juga pada usia bayi. kalau baru 3 hari usia tapi bacaan dah 12, akan kena tahan juga.


Nurin jelas happy dengan kehadiran adik baru nya ini. Namun dalam happynya itu ada pernah dia bercakap dengan mak (atuknya lah) yg dia suka ada adik baru tapi lepas ni dah takde sapa yang nak jaga dia. Adam, sukar ditafsir perasaannya. Tapi yg pastinya tak boleh la leka dengan tindak tanduknya.

Friday, February 20, 2009

Selamat sudah semuanya

Syukur Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan pada Isnin, 16 Februari 2009 jam 1.15 tghari yang lalu. Syukur juga kerana proses kali ini antara yang tercepat berbanding 2 kelahiran yang lalu. Cuma 2 jam selepas admit Muhammad Adib selamat lahir ke dunia.

Pagi sebelum ke klinik sempat kemaskan pakaian untuk berpantang di rumah mak dalam keadaan sakit kontraksi yang datang berselang. Jam 10.30 pg keluar dari rumah, kemudian singgah ke rumah MIL, maklumkan dia sambil mohon didoakan, sempat juga tapau nasi untuk makan dalam perjalanan. Kemudian hantar Adam ke rumah baby sitter, singgah pula drop Nurin kat rumah mak dan terus ke klinik. 11.30 Dr buat CTG. Mujur semuanya berjalan lancar. Ada niat supaya abang hadir skali dalam labour room, tapi semuanya cam berlaku pantas, tak sempat apa....

Tapi Muhammad Adib masih di klinik, petang ni baru selesai suntikan antibiotiknya. Ohh dia kena tahan di nursery sebab dah berak kat dalam perut lg. Tak juga terlambat deliver sebab due nya kan 24 februari. InsyaAllah esok dia akan pulang ke rumah.