Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

Warna - warni kehidupan.

Tajuk tak de kaitan

Hujung Minggu lepas saya beroperasi seluruh rumah. Basuh segala pakaian, yang bersidai, yang mana pakai sekejap2 pastu gantung kat hanger, habis semua saya sapu habis.

Yang mana boleh dibasuh dengan mesin, saya sumbat ke dalam mesin, mana yg perlu basuh dengan tangan, cuci lah dengan tangan.

Tapi tah macam mana ada pulak yg spoiled.

1. kemeja cream en suami terkena karat sebab saya lupa bukak brooche pada tudung. (selalu je lupa- dah boleh kira jadi habit)

2. kemeja yg sama gak terkena titisan air warna merah dari baju cik nurin.

till harini saya lom bersihkan noda2 tersebut.


Saya search kat pakcik Google dan jumpai ini:


Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat


Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


diambil dari Laman Petua Nenek
Hilangkan Tanda Warna Pada
Pakaian yang terkena warna semasa direndam boleh diatasi dengan cara berikut. Tuangkan air panas secukupnya ke dalam baldi berisi pakaian. Campurkan sedikit cecair peluntur. Biarkan selama 10 - 15 minit. Kemudian bilas seperti biasa. Tanda warna akan hilang dan pakaian kembali kepada warna asal.

diambil dari sini.


Mungkin hujung minggu nanti boleh dicuba jaya kan.

Friday, April 24, 2009

seminggu je lagi

sebelum saya harus mula bekerja, selepas cuti 60 hari + 10 hari cuti rehat, sebab baby sitter baru akan mula pada mei.

mula lah saya akan rindu saat2 bersama anak2 dan suami di rumah. walaupun sebenarnya duduk di rumah memenatkan tapi hati puas, semuanya berada di dpn mata.

saya baru je mula buat stok breast milk utk adib dalam 2 minggu lebih. nampak dia agak susah nak terima puting tiruan tuh. kasihan, tiap kali saya sua kan ke mulutnya, bagai nak muntah dia menolak. harap2 EBM saya cukup untuk supply ke rumah babysitter.

Adam dah hampir pulih dari chicken pox nya, dah tak ada tumbuh yg baru, dan yg sedia ada dah mula kering. Masa baru nak keluar tu, saya beri dia minum air kelapa, lepas tu saya tak mandikan dia, ini paling kasihan. manakan tidak , dia tu kuat berpeluh, lepas tu tak mandikan cuma lap2 saja, masuk hari ketiga dah cukup sengsara saya tgk dia, saya mandikan dia dengan berbilaskan air basuhan beras.

Baju2 adam saya rebus, risau takut berjangkit. huhuhu banyak benda kena buat kalau kena sakit ni. itu kalau ikut kata mak dan MIL saya, tak leh masak goreng2 dalam rumah..... pantang.

Lepas ni bila dah kering semua, baby sitter baru tu kata blend kan buah cermai, campur tepung beras dan ibu kunyit. lepas tu lumurkan kat badan tempat yg ada CP tu. biar tak berparut katanya.

Sejak dah 2 hari ni saya buat sarapan anak2 dengan menu lempeng (or saya panggil pan cake, huhuhu). Resepi hentam saja la... 2 senduk tepung gandum + 2 sudu besar susu tepung + 1 biji telur + 2 sudu besar susu manis dan sedikit garam dan air ikut lah agak2 cair. nampaknya diorang suka, makan cicah dengan gula.

cadangnya nak balik umah MIL petang ni, tapi saya tak packing barang lg. okeh....kena berkemas sekaRANG.

Monday, December 22, 2008

mulut buaya

waktu adam sakit mulut haritu, kan aku bawa dia berubat secara tradsional. Begitu juga dengan nurin dulu. Kaedahnya, pakcik ni baca doa, dan kemudian masukkan jari dia ke dalam mulut pesakit, sapu kat lelangit dan lidah kat mana yg sakit tu.

Sempat ku tanya kan mana datangnya idea/ilmu ini.

20 tahun yang lalu, Seorang teman ajak dia masukkan tangan ke dalam mulut buaya. Sorang masukkan tangan kiri sorang masukkan tangan kanan. Sebelum tu mulut buaya dibuka dan ditongkatkan dengan sebatang kayu, "kalau patah kayu ni patah lah tangan kita". Misi diorang berjaya. Tapi waktu tu diorang pun tak tahu apa2 kelebihan dari tindakan tu, sampai la beberapa tahun selepas tu ada hamba Allah yang mintak ubatkan anaknya dengan kaedah ni, atas sebab dia pernah masukkan tangan ke dalam mulut buaya. So sampai la ke hari ni, ramai yang datang berjumpa untuk tujuan perubatan, termasuk lah aku.....


Itu hanya lah petua dan ikhtiar .... ada rezeki dan izin Allah, maka baiklah hasilnya.

Monday, September 15, 2008

Gatal-gatal

Gatal bukan sebarang gatal.

Aku tak tau apa nama sebenar 'kegatalan' ini. Tapi biasa kami di rumah sebut : "sembo bota"
Ia sangat gatal, penghidap akan sentiasa menggaru, menggaru dan menggaru mana2 anggota badannya yang terkena kegatalan ini. Akan kelihatan pada kulit yang terkena timbul macam bila kita kena bintat gigitan nyamuk, tapi bintat gigitan nyamuk, kecik2 kan. Ni besar2 dan boleh jadi cam peta.

Kenapa tetiba cita gatal ye?

Weekend haritu anak buah kat rumah dok bergaru sakan. Juga teringat abang pernah kena masa aku dalam pantang Adam - ni memula ingat gatal terkena ulat bulu, sampai kena suntik ngan doktor.


Share Petua

Ambik kapur (kapur masakan dan bukan kapur kasut ye)

Mulakan dengan Bismillahirrahmaanirrahim, dan Selawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Kalau kapur tu kering kontang, bubuh air biar ia cair. Sapu pada kawasan yang gatal, kalau seluruh badan, sapu lah seluruh badan. Sapu dalam bentuk pangkah (X). Jadi buat lah banyak2 X kat badan. Lebih elok lagi kalau kita tau kat mana tempat ibu/punca gatal2 tu bermula.

Dah sapu, dalam masa kapur tu lom kering, ambik pisau (tak perlu pisau tajam) pangkahkan X pula ke kawasan gatal tu dengan mata pisau, memadai dengan melekapkan mata pisau ke atas kulit. Awas!! jangan sampai terhiris, nanti lain jadinya.

Pantang

Sementara Gatal2 ni lom betul2 baik, bila mandi jangan sapu guna sabun/syampoo, bedak.... pendek kata benda2 yang wangi2 elakkan dulu. Khuatir gatal2 tu jadi semula.


Apa pun ni cuma usaha peringkat awal je, kalau tak baik gak elok jumpa doktor.

Wednesday, April 16, 2008

Nasihat Nurse Vs Petua

Nurse telah berpesan seperti ini lepas suntik anak:

Pada Kesan Suntikan -

1. Jangan Tuam dengan Air Batu / Air Suam

2. Jangan Digosok / Ditekan/ Dipicit

Sebab Apa? Nanti ubat yang disuntik tidak akan masuk ke dalam saluran dengan baik dan hasilnya bayi akan sakit sebab disuntik semata2 tetapi kesan positif ubat tu hilang begitu saja. Hasil tuaman akan beri kesan kepada kualiti ubat. sebab ubat ni ada suhu tertentu untuk dia efektif bekerja. Dan lepas suntik sesetengah bayi akan demam - maknanya ubat tu bertindak balas dalam badannya.

seperkara lg pesanan dari nurse...3. balik terus bagi bayi ubat demam.... (tq zura)

Petua (Dapat dari Ibu Mertua/kakak Ipar)

Lepas Suntik, buat perkara ni di kesan suntikan:

1. Tuam dengan airbatu / air suam - supaya tak lebam/ bengkak
2. Gosok/ Picit2 pada kesan suntikan- supaya daging tidak kematu

Sebab Apa? Supaya bayi tidak demam akibat menanggung sakit kesan suntikan.