Showing posts with label abang. Show all posts
Showing posts with label abang. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Permainan baru

Hari2 bermain dengannya, sampai kan haus (loose). tiap2 hari, tiap masa kena putar. Sampai masa ia pun menyerah kalah. Kopak duit petang tadi singgah kat kedai hardware. baru pakai setahun lebih sudah kena ganti baru.

Alang2 membeli bak kata orang, biar yang elok terus. jadi malam2 ni juga abang kena bukak tool box pasang toys baru ni.


kat sinki. ni kepala lama.boleh lentur sana sini, nampak macam menarik. lama2 dia lentuklah jawabnya. cuma bagusnya di sebabkan boleh lentur sana sini, boleh la budak2 kecik tu hulur tangan kat sinki bila nak cuci tangan.




ni pengganti dia, yg akan menjalankan tugasnya, as soon as possible lah. yg ni budak2 punya tangan tak sampai bila nak mencuci, jadi extra job, kena dukung.






dan yang ni untuk kepala paip di tandas kedua. rupanya kilat, berat. mula2 nampak hati kata ini memang menarik. bukan sebab kilat dan boleh cermin muka padanya.






elok benar inovasi kepala paip ni.

sebelum ni, kalau nak guna air, pasang salur getah ni. saya panggil 'toler getah' - agak bahasa orang jawa. dan bila nak membasuh, cabut toler, pasang tolerrrr ke mesin basuh pulak.








jadi dengan adanya kepala baru, tak payah le nak susah payah cabut itu dan pasang ini. kena pulak bila anak yg nak guna tandas, terjerit2 mintak buka toler mesin basuh dan pasang toler getah.






suami saya memang suka dengan kepala paip.

dia ganti hampir semua kepala paip yang pemaju pasang kat sinki2 dan tandas2,

dia tambah kepala paip di tandas.

pergi rumah abang saya, kepala paipnya rosak, suami pun bukak kepala paip sinki tandas dan pasangkan pada sinki dapur.

dia tebuk dinding pagar rumah utk pasang kepala paip (pemaju tak pasang kepala paip kat luar rumah, jadi susah nak cuci, lantai porch / basuh kereta / siram pokok)







supaya anak boleh tolong siram bunga2 rumput yg tumbuh melata kat laman




ok. itu kisah kepala paip untuk hari ini. kira tadi tu beli hadiah sendiri lah sempena hari lahir ke 33 (26 Mac) yg lalu.

Wednesday, November 4, 2009

gusar

sudah lebih seminggu cik abang saya sibuk kerja diluar. sebelum raya sibukkan nak dapatkan permit lori. 2 bulan kemudian, bila dah dapat permit lori, sibuk pulak confirmkan lubang2 rezeki dan loan utk lori.

itulah orang kata, bila dah biasa suami ada depan mata, kena suami kerja balik lewat malam jadi pulak kegusaran di hati. saya ni memang dah jenis tak lekang dengan telefon, kalau ke mana2 plz la inform. kalau tak, macam2 sangkaan akan terbit kat kepala ni. kalau kata nak balik saya dah bajet2 pukul berapa dia akan sampai, tgk2 sampai masa tak muncul2, haa mula lah tak senang duduk.

bimbangkan keselamatan dia. kena dah malam, kadang pulak hujan lebat. dalam hati memang doa supaya dia sentiasa selamat, tapi dalam hati tak banyak, sikit tetap terdetik yg bukan2.

haa tu namanya pi cari rezeki.

Friday, August 21, 2009

Kejutan demi kejutan

Haritu kami (saya dan abang) ada tgk2 katalog Tupperware SIL saya masa di rumah MIL. Chantek2 memang, kalau ikut hati mau saja ku beli.

Masa tgk tu memang abang pun kata, bestnya kalau dapat beli barang2 ni. Angguk saja sbb kalau tak ada pun masih boleh hidup, bermakna itu bukan satu keperluan, cuma kehendak.


.......

bulan lepas kami saja2 jalan ke kedai perabut kasi cuci mata. wahhh semuanya menarik2, puas tokey kedai heret kami ke seluruh show room nya. tapi tak angkut satu pun, dah kata saje nak cuci mata kan..


......


si nurin pula kisahnya kalau kat rumah mak, tangan tak lepas dengan remote ASTRO, tau le kat umah sendiri tak de Astro. Abang ada bunyi2 kata nk pasang, saya kata rasanya tak perlu la kot, tgk aje lah apa yg ada tu. Nanti tak abis nak tengok ...


........


Al kisahnya .... minggu ni akak dapat surprise dari suami.

Akak dapat set tupperware, akak dapat rak TV, dan dapat Astro - hah yg ni more utk Nurin la kot ye.


Berbunga2 riang hati saya. Memula memang kata tak payah, bukannya apa kalau ada penjimatan boleh mintak langsir baru untuk rumah.

Terima kasih abang. Lepas ni boleh buat surprise langsir pulak tak????