Tuesday, July 13, 2010

Tips Workspace yang kemas



Antara tajuk utama di Yahoo Page:

What your workspace says about you


Benar kah meja kerja atau workspace melambangkan diri kita. Bila meja bersepah tak tersusun – nampak macam sibuk, banyak kerja. Bila meja bersih, kemas, tersusun rapi – mungkin kita akan kata “Kemasnya meja dia ni, tak de kerja kot dia ni”.

Pepatah Inggeris ada menyebut: Don’t judge a book by its cover.

Saya terjumpa beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita nak pastikan workspace kita kemas, biarpun banyak tugasan yang datang dan menanti.

Tackle Paperwork Immediately

Ambil tindakan segera ke atas sebarang dokumen /kertas yang datang ke meja anda . Jangan suka kumpul-kumpul dokumen sampai dah melambak atas meja. Tetapkan tahap kepentingan dokumen.

  • ASAP (Segera)
  • PENDING/KIV
  • FILE untuk difailkan, atau yang tidak berkenaan yang boleh diabaikan/dibuang.

File Paperwork

Bila dah tentukan ikut kepentingan, failkan dokumen-dokumen ke rak fail, stackable tray atau file sorters.

Contohnya kalau anda gunakan stackable tray tu boleh la labelkannya. Contoh:

  • Tray paling atas ASAP (Segera)
  • Tray tengah PENDING/KIV
  • Tray bawah sekali FILE (untuk masuk fail).

Limit Office Supplies on the Desk:

Di atas meja anda, letakkan peralatan atau alat tulis yang penting-penting sahaja. Boleh guna kotak, ada juga orang gunakan Mug, atau laci kecil dengan 2 atau 3 drawer. Dalam tu letak pen, pensil, stapler, liquid paper, klip kertas, gunting, pisau, sticky notes dan lain-lain.

Limit Personal Keepsakes

Memang rasa best je bila atas meja kita letak cenderahati yang orang beri macam frame gambar, teddy bear comel-comel, key-chain. Boleh kalau nak letak, tapi jangan lah banyak-banyak sampai makan banyak ruang. Susun elok-elok biar kemas jangan nampak semak.

Clear Your Desk

Membersih, mengemas dan susunatur meja kerja anda dipermulaan hari dan sebelum meninggalkan pejabat. Ia sangat membantu kalau kita konsisten melakukannya setiap hari. Jadi bila nak mulakan kerja esok harinya rasa tenang je bila meja kerja dalam keadaan tersusun rapi. Nanti datanglah semangat dan keseronokan bekerja.

Selamat mencuba



* Semua yang di atas sangat untuk saya apply untuk meja kerja saya ni :)












.

0 comments: