Showing posts with label Pahala. Show all posts
Showing posts with label Pahala. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Memberi makan Orang Berbuka Puasa

Kelebihan Memberi Makan Ketika Berbuka Puasa Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

Biar pun perbuatan ini hukumnya adalah sunat, tapi alangkah besarnya ganjaran yang diperolehi. (Beserta dengan niat yang ikhlas)


Teringat puasa zaman kanak-kanak. Bila mak dah siap masak juadah berbuka, mak suruh hantar lauk. Saya, sama ada bersendirian atau bersama adik selalunya Andaklah. Kayuh basikal kecik, hantar juadah berbuka untuk atuk perempuan saya. hehehe kadang-kadang, atuk pulang balik isi lauk yang dia masak.

**Tahun ni syukur atuk dapat sambut awal ramadhan di rumah. dapat keluar hospital 2 hari sebelum puasa. Tapi atuk masih belum sihat sepenuhnya, paru-paru atuk dijangkiti kuman.




Memberikan makan kepada orang berbuka tak kira apa juga, sekalipun dengan kurma.


Sebagai contoh paling mudah saya kira (seperti yang saya dengar dalam radio IKIM tengahari tadi): Kita beli sekotak kurma, katakan isi di dalamnya ada 30 biji, kemudian kita bungkus kecil-kecil mengandungi 2 biji kurma. Maka dapatlah kita bahagikan 15 peket yang kita bungkus tadi kepada 15 orang rakan-rakan kita di pejabat, di sekolah atau di tempat kerja.

Nampak mudah dan ringkas. Terbuat kah kita.InsyaAllah, mari sama-sama kita cuba.

** Semalam, jiran sebelah rumah bagi kami Laksam. Alhamdulillah. Sedap pulak tu.

Thursday, July 29, 2010

Kempen Ya, Saya Boleh ! (Boleh Apa???)

KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa dan kehamilan tidak dirancang oleh golongan muda yang tidak berkahwin, Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik melancarkan kempen ‘Ya, Saya Boleh’ dalam menggalakkan wanita muda mengambil pil perancang keluarga. Ahli Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik, Prof Jamiyah Hassan berkata, kempen itu bertujuan memperkasakan wanita untuk membuat pilihan mengenai kesihatan seksual dan mencegah hamil berasaskan pengetahuan serta pendidikan.
Katanya, kempen itu juga mengelak kehamilan tidak dirancang oleh golongan muda, sekali gus dapat menangani kes pembuangan bayi dengan menggalak mereka mengambil pil pencegahan kehamilan.
“Pil perancang keluarga penting bagi memberi peluang kepada wanita merancang kehamilan sekiranya tidak bersedia menerima bayi dalam hidup mereka.
“Kita tidak mahu kehamilan yang tidak dirancang ini memberi kesan emosi kepada wanita seterusnya membuat keputusan drastik membuang bayi yang tidak berdosa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian kempen ‘Ya, Saya Boleh ’ yang dirasmikan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, di Sunway Pyramid, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar serta Presiden Persatuan Obstetrik dan Sakit Puan Malaysia (OGSM), Dr Mohamad Farouk Abdullah.
Kempen itu mendapat kerjasama OGSM dan Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) dengan gabungan Bayer Schering Pharma Malaysia.
Jamiyah berkata, pil itu baik untuk kesihatan wanita kerana menawarkan pelbagai manfaat kesihatan tambahan kepada mereka termasuk mengawal jerawat dan senggugut atau gejala sebelum haid.
“Kempen ini dapat mendidik wanita muda menangani kehamilan tidak dirancang dengan menggalak perbincangan secara terbuka antara mereka dengan pakar penjagaan kesihatan profesional.
“Dengan kesedaran dan pendidikan kesihatan seksual serta pencegahan hamil membantu mengurangkan wanita hamil tidak dirancang serta kes buang bayi di negara ini,” katanya.
Menurut Jamiyah, kempen berkenaan akan berakhir November ini dengan mengadakan peraduan cabaran, ‘Ya, Saya Boleh’ dalam menggalakkan sokongan golongan muda untuk menyertainya dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.


Ya, memang boleh. Mungkin (saya ulangi) mungkin boleh nak kawal kelahiran dan seterusnya pembuangan bayi.

Sekarang ni siapa yang buang bayi?

Siapa yang tak nak bayi tu lahir ke dunia?

Siapa yang nak sorokkan kelahiran?

Ini semua kerja pasangan / individu yang mengandung luar nikah.

Pasangan yang dah bernikah secara sah, tak mungkin mereka akan bertindak buang bayi. Paling tidak pun akan diserah pada keluarga angkat.

** Tapi ada juga pasangan luar nikah yang serah anak pada keluarga angkat. Mungkin la dalam hati diorang ni ada sedikit rasa belas ihsan. Tak nak buat dosa besar yang kedua selepas berzina. Macam mana pun dosa zina tetap sudah dilakukan, namun belum ada jaminan hubungan terlarang akan berakhir di situ kalau masih belum bertaubat. Lebih-lebih lagi 'anak' telah diserah tanggungjawab kepada orang lain.

Saya rasa ia tak jauh beza seperti seperti satu ketika dulu, cadangan membekalkan kondom dan jarum suntikan untuk elakkan jangkitan AIDS. (Kalau tidak silap ingatan saya).

Lebih kurang samakan.

Wanita muda (yang belum berkahwin) ambil pil perancang untuk mengelak kehamilan atas alasan belum bersedia untuk hamil. Nampak macam mudah je.

Aduhai, besar impaknya. Nanti mulalah farmasi dikunjungi wanita-wanita muda untuk dapatkan bekalan. Nak beli pun bukan kena tunjuk sijil nikah kan? Dah tak ada segan silu, lupa dosa pahala. Alangkan nak beli kondom pun tak de rasa malu. Apa tah lagi setakat pil perancang.

Aduhai, apa lagi cara lain ya nak membendung gejala ini semua? Bukan kan lebih baik kita berbalik kepada akar umbi iaitu didikan agama. Kukuhkan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Mantapkan institusi kekeluargaan. Sosio budaya kita kena dilihat semula, kalau perlu penguatkuasaan sila lah laksanakan.

Saya semakin takut untuk berhadapan dengan masa depan. Cabaran saya nak besarkan anak-anak semakin besar. Oh sesungguhnya saya sungguh takut. Sangat takut.

Ya Allah berilah kami semua petunjuk dan hidayahmu. Permudahkan lah jalan buat kami untuk menuju kebaikan. Jauhkan lah kami dari perkara-perkara yang menjadi larangan Mu yaAllah.
***** saya terlalu emosi membaca keratan berita ini. Isu ini terlalu dekat dengan saya.