Wednesday, September 1, 2010
Berpuasa tetapi tidak solat
Semalam saya bercakap-cakap dengan suami, tentang orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat fardhu. Melaksanakan Rukun Islam ketiga tetapi meninggalkan Rukun Islam Kedua
Secara asasnya yang saya fahami, puasa orang yang meninggalkan solat adalah sah tetapi tidak mendapat pahala.
Ada 2 Soalan yang saya jumpa berkisar tentang berpuasa tetapi meninggalkan solat:
Soalan 1; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.
Jawapan: Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar. ........ Selanjutnya baca di sini
Soalan 2: Apakah hukum di sisi agama terhadap individu yang berpuasa Ramadhan tetapi dia tidak mendirikan solat? Adakah perbuatannya itu akan merosakkan puasanya dan tidak diganjari pahala?
Sebenarnya terdapat perbezaan di antara "batalnya ibadah" dan "ibadah tidak diterima". Kadang-kadang ibadah tersebut sah dan tidak perlu diulang semula hanya kerana ianya telah mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya, namun dalam masa yang sama tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang yang mendirikan solat dengan tujuan menunjuk-nunjuk (riya') ataupun dengan memakai pakaian curi.Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. ........ Selanjutnya baca di sini
Sia-sia bagi manusia yang menahan lapar,dahaga, kepanasan disiang hari kerana berpuasa tetapi puasanya ditolak akibat mengabaikan solatnya.
Thursday, July 29, 2010
Kempen Ya, Saya Boleh ! (Boleh Apa???)
KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa dan kehamilan tidak dirancang oleh golongan muda yang tidak berkahwin, Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik melancarkan kempen ‘Ya, Saya Boleh’ dalam menggalakkan wanita muda mengambil pil perancang keluarga. Ahli Majlis Pencegahan Hamil Asia Pasifik, Prof Jamiyah Hassan berkata, kempen itu bertujuan memperkasakan wanita untuk membuat pilihan mengenai kesihatan seksual dan mencegah hamil berasaskan pengetahuan serta pendidikan.
Katanya, kempen itu juga mengelak kehamilan tidak dirancang oleh golongan muda, sekali gus dapat menangani kes pembuangan bayi dengan menggalak mereka mengambil pil pencegahan kehamilan.
“Pil perancang keluarga penting bagi memberi peluang kepada wanita merancang kehamilan sekiranya tidak bersedia menerima bayi dalam hidup mereka.
“Kita tidak mahu kehamilan yang tidak dirancang ini memberi kesan emosi kepada wanita seterusnya membuat keputusan drastik membuang bayi yang tidak berdosa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian kempen ‘Ya, Saya Boleh ’ yang dirasmikan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, di Sunway Pyramid, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar serta Presiden Persatuan Obstetrik dan Sakit Puan Malaysia (OGSM), Dr Mohamad Farouk Abdullah.
Kempen itu mendapat kerjasama OGSM dan Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) dengan gabungan Bayer Schering Pharma Malaysia.
Jamiyah berkata, pil itu baik untuk kesihatan wanita kerana menawarkan pelbagai manfaat kesihatan tambahan kepada mereka termasuk mengawal jerawat dan senggugut atau gejala sebelum haid.
“Kempen ini dapat mendidik wanita muda menangani kehamilan tidak dirancang dengan menggalak perbincangan secara terbuka antara mereka dengan pakar penjagaan kesihatan profesional.
“Dengan kesedaran dan pendidikan kesihatan seksual serta pencegahan hamil membantu mengurangkan wanita hamil tidak dirancang serta kes buang bayi di negara ini,” katanya.
Menurut Jamiyah, kempen berkenaan akan berakhir November ini dengan mengadakan peraduan cabaran, ‘Ya, Saya Boleh’ dalam menggalakkan sokongan golongan muda untuk menyertainya dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Ya, memang boleh. Mungkin (saya ulangi) mungkin boleh nak kawal kelahiran dan seterusnya pembuangan bayi.
Sekarang ni siapa yang buang bayi?
Siapa yang tak nak bayi tu lahir ke dunia?
Siapa yang nak sorokkan kelahiran?
Ini semua kerja pasangan / individu yang mengandung luar nikah.
Pasangan yang dah bernikah secara sah, tak mungkin mereka akan bertindak buang bayi. Paling tidak pun akan diserah pada keluarga angkat.
** Tapi ada juga pasangan luar nikah yang serah anak pada keluarga angkat. Mungkin la dalam hati diorang ni ada sedikit rasa belas ihsan. Tak nak buat dosa besar yang kedua selepas berzina. Macam mana pun dosa zina tetap sudah dilakukan, namun belum ada jaminan hubungan terlarang akan berakhir di situ kalau masih belum bertaubat. Lebih-lebih lagi 'anak' telah diserah tanggungjawab kepada orang lain.
Saya rasa ia tak jauh beza seperti seperti satu ketika dulu, cadangan membekalkan kondom dan jarum suntikan untuk elakkan jangkitan AIDS. (Kalau tidak silap ingatan saya).
Lebih kurang samakan.
Wanita muda (yang belum berkahwin) ambil pil perancang untuk mengelak kehamilan atas alasan belum bersedia untuk hamil. Nampak macam mudah je.
Aduhai, besar impaknya. Nanti mulalah farmasi dikunjungi wanita-wanita muda untuk dapatkan bekalan. Nak beli pun bukan kena tunjuk sijil nikah kan? Dah tak ada segan silu, lupa dosa pahala. Alangkan nak beli kondom pun tak de rasa malu. Apa tah lagi setakat pil perancang.
Aduhai, apa lagi cara lain ya nak membendung gejala ini semua? Bukan kan lebih baik kita berbalik kepada akar umbi iaitu didikan agama. Kukuhkan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Mantapkan institusi kekeluargaan. Sosio budaya kita kena dilihat semula, kalau perlu penguatkuasaan sila lah laksanakan.
Saya semakin takut untuk berhadapan dengan masa depan. Cabaran saya nak besarkan anak-anak semakin besar. Oh sesungguhnya saya sungguh takut. Sangat takut.
Ya Allah berilah kami semua petunjuk dan hidayahmu. Permudahkan lah jalan buat kami untuk menuju kebaikan. Jauhkan lah kami dari perkara-perkara yang menjadi larangan Mu yaAllah.***** saya terlalu emosi membaca keratan berita ini. Isu ini terlalu dekat dengan saya.
Tuesday, July 21, 2009
Inilah bukti kebencian kaum kuffar kepada islam dan kaum muslimin
Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.UD.U.N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday , Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults . Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.
Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.
Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka . Tapi sesekali tidak bagi kita.
Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html
Komen Blog Ibnu Hasyim : Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak. (2MA) __,_._,___