Showing posts with label juadah berbuka. Show all posts
Showing posts with label juadah berbuka. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Memberi makan Orang Berbuka Puasa

Kelebihan Memberi Makan Ketika Berbuka Puasa Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

Biar pun perbuatan ini hukumnya adalah sunat, tapi alangkah besarnya ganjaran yang diperolehi. (Beserta dengan niat yang ikhlas)


Teringat puasa zaman kanak-kanak. Bila mak dah siap masak juadah berbuka, mak suruh hantar lauk. Saya, sama ada bersendirian atau bersama adik selalunya Andaklah. Kayuh basikal kecik, hantar juadah berbuka untuk atuk perempuan saya. hehehe kadang-kadang, atuk pulang balik isi lauk yang dia masak.

**Tahun ni syukur atuk dapat sambut awal ramadhan di rumah. dapat keluar hospital 2 hari sebelum puasa. Tapi atuk masih belum sihat sepenuhnya, paru-paru atuk dijangkiti kuman.




Memberikan makan kepada orang berbuka tak kira apa juga, sekalipun dengan kurma.


Sebagai contoh paling mudah saya kira (seperti yang saya dengar dalam radio IKIM tengahari tadi): Kita beli sekotak kurma, katakan isi di dalamnya ada 30 biji, kemudian kita bungkus kecil-kecil mengandungi 2 biji kurma. Maka dapatlah kita bahagikan 15 peket yang kita bungkus tadi kepada 15 orang rakan-rakan kita di pejabat, di sekolah atau di tempat kerja.

Nampak mudah dan ringkas. Terbuat kah kita.InsyaAllah, mari sama-sama kita cuba.

** Semalam, jiran sebelah rumah bagi kami Laksam. Alhamdulillah. Sedap pulak tu.

Tuesday, August 10, 2010

Tips Pemakanan Di Bulan Ramadhan

Menjelangnya Ramadhan, gerai jualan juadah berbuka akan tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Kalau di Muar ni lokasi bazar ramadhan di Sungai Abong depan Jabatan Pengangkutan Jalan Muar. Satu lagi lokasi yang agak baru jugalah di kawasan tapak meletak kenderaan Dewan Jubli Intan Muar.

Tak habis di situ, di sepanjang jalan, akan ada, beberapa gerai akan dibuka.

Sahabat semua, kalau kita tak beringat-ingat (termasuklah saya sendiri), nafsu hendak membeli, membuak-buak bila terpandang macam-macam juadah yang dijual. Jadi, sama-sama lah kita beringat-ingat ya.

Ada sedikit tips yang boleh kita kongsi bersama. Tips Pemakanan di Bulan Ramadhan.
Ingat tu, Bulan Ramadhan Adalah Bulan Ibadah, Bukannya Bulan Juadah.


  1. Berbuka dengan membaca doa.

  2. Mulakan dengan memakan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis. Kemudian sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

  3. Selepas bersembahyang bolehlah mengambil makanan berat seperti nasi putih & mee / bihun /kuayteow sup.

  4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

  5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

  6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

  7. Berhenti makan sebelum kenyang.

  8. Lebihkan minum air.

  9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

  10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah nasi putih, Oats/ Nestum, roti ataupun buah-buahan seperti kurma. Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.


"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"