Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Ibrahim kembali ke rahmatullah

Ustas Asri Ibrahim - penyanyi kumpulan nasyid Rabbani

Allah lebih menyayanginya, kembali kepada penciptanya.

Beliau meninggal pagi tadi. Diberitakan sebagai meninggal selepas pengsan ketika mengendalikan satu program di RTM.

Al-Fatihah untuk rohnya. Semoga beliau diberada di sisi-Nya bersama para solihin.


Di telinga dan kepala saya terngiang2 suara lagu2 nasyid dendangannya.


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Thursday, June 18, 2009

Menanti di syurga

Semalam saya dapat msg dari seorang kawan: "Anak akak yg baby meninggal 4 pg tadi-Kak zaimah"

Apa lagi yang saya boleh kata? Ucapan Innalillahi wa inna ilaihiroojiuun.

Segera saya call dia.

Baby dah selamat dikebumi. Nuriyani meninggal diusia 2 bulan 4 hari. Baru malam sebelum dia dijemput Illahi bermain2 dengan siibu, baru saje semalam siangnya dapat suntikan untuk usia 2 bulan.

Jam 4 pg si ibu bangun utk bancuh susu si abang dan kakak, kemudian terperasan kepala si bayi terlentok.waktu nak betulkan posisi baringnya, masih nampak mata hitamnya, tapi dah tak de nafas, tak ada degupan jantung.

Dia lap cecair pink yg keluar dari hidung tapi lepas tu bila tekan dada, keluar lagi, dan lagi, dan lagi.

Segera ke klinik dan hospital, tapi akhirnya doktor kata anak dia dah meninggal lebih kurang jam 3.30 pagi tadi mungkin tersedak susu. Post mortem tak di buat, sbb kesian kan baby yg masih terlalu kecil.


Kata kakak ni, last dia menyusukan anak jam 10 malam dan baby dia dah sendawa.

Dia kata susunya (breast) dah membengkak. Sedih saya dengar. Takde lagi hisapan dari si kecil.


*******

saya terasa fobia dengan berita ni. Tak terbayang saya kalau saya yang berada di situasi tu, bila celik mata anak yng berada dalam pelukan sudah tidak bernyawa.

Buat kak zaimah, semoga dia sabar dengan dugaan ini. Allah lebih menyayangi si anak kecil yg bakal menanti ibunya di syurga kelak.InsyaAllah.

Wednesday, December 10, 2008

DariNya kita datang kepadaNya kita kembali

Harini, malam ni adalah malam ketiga kat rumah MIL (rumah yg aku tinggal sekarang) mengadakan tahlil/ kenduri arwah untuk arwah kakak iparku yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 10 zulhijjah (8 Disember 2008) jam 7.30 pagi yang baru berlalu. Sedang adik beradik pulang ke kampung dan bersiap utk ke masjid menunaikan solat sunat Aidil Adha dia telah dijemput illahi. Berakhirlah sudah penderitaannya menanggung sakit hampir 5 bulan lalu. Kami yang sama2 menjaganya dirumah sejak hampir 3 bulan selepas dia bercuti dari hospital dengan kebenaran doktor.

Tapi saat2 akhirnya aku dan abang tak dapat mengadap kerana kami berada di rumah mak ku, konon bercadang nak beraya bersama mak. Sejurus dapat panggilan terus je kami balik ke sana, mujur perjalanan cuma tak sampai 15 minit.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat bersama para solihin. Amin...

Friday, November 28, 2008

Panggilan Illahi

Last night tak dapat good sleep lah, sebab Adam is not well. Tak seaktif biasa, dan asyik terjaga dalam tidur malamnya. @ 4.45am dapat phone call telling that pakcik (suami baby sitter Adam) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Sambung tidur dan keluar rumah seperti biasa, hantar Adam ke rumah mak. Aku dan abang pergi melawat jenazah dulu bergilir dengan mak.

Kesian tgk makcik. Sesiapa pun akan sedih ditinggalkan. Tp lg sedih sebab dia tak ada anak hasil perkongsian hidupnya dengan pakcik. Tinggal dia sebatang kara. Apa yang dapat aku ucap padanya, cuma harap dia bersabar. Cakap memang senang lah kan.

Tapi sempat dia bercerita saat2 akhir dia bersama pakcik sejak semalam nya. Aku layan kan saja, tak satu soalan pun aku tanya kan sebab aku rasa dalam keadaan dia bersedih tak patut aku ajukan apa2 soalan.


Untuk diriku dan juga yang lain, kematian pasti datang.....
كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت..

Setiap yg bernafas pasti akan merasai mati..

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة..

Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khotimah. Janganlah Engkau matikan kami dengan su-ul khotimah..

Menanti di Alam Barzakh

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Thursday, October 16, 2008

Cikgu Abu dalam kenangan, Alfatihah

Baru terima sms dari ibu saudara. "Cikgu Abu meninggal kat sekolah kol 10 pagi tadi".

Innalillahiwa inna ilaihi rojiun...

kebetulan ibu saudara - pembantu tadbir di sekolah menengah aku dahulu.

Segera aku buat reply call, untuk kepastian. Beliau meninggal secara mengejut, tiba2 saja rebah. Akan dikebumikan di Tanjung Agas Muar selepas Asar petang ni.

Cikgu Abu - Cikgu Kimia masa aku nak menduduki SPM 1995.

Walaupun hanya beberapa bulan arwah mengajar kami subjek Kimia, tapi kesannya sangat dalam bagi kami. Sejak kami tingkatan 4, kami agak buta dengan matapelajaran KIMIA. tahu masuk makmal, buat eksperimen, Jadual berkala memang hafal, tapi masih meraba2. Bukan nak salahkan cikgu yang sebelum cikgu Abu, cikgu M -mengajar kami sejak di Form 4.

Alhamdulillah dengan berkat usaha cikgu Abu, ramai antara kami yg kredit Kimia sewaktu SPM, aku sendiri dapat P5, berbanding dalam ujian sebelum2 tu asyik dapat 6/7/8.

Al-fatihah untuk cikgu Abu Mansur

Tuesday, June 24, 2008

Masanya telah tiba

Malam semalam kami dapat SMS mengatakan kawan kepada abang berada di ICU, sedang bergantung kepada mesin hayat, akibat demam denggi berdarah.

Dan pagi ini kami terima pula berita beliau telah pergi menghadap Illahi semalam pagi 23 Jun 2008. Hamidi bin Yusuf. Alfatihah untuknya... semoga beliau ditempatkan dikalangan kekasih Allah.

Yang pergi tetap pergi.Lebih memilukan adalah yang ditinggalkan. Isterinya baru sahaja melahirkan anak. (kalau tidak silap, anak yg ketiga).

By the way....

aku pernah menghidap demam denggi. 1 week aku warded kat hospital.
Masa di hospital tu aku banyak minum100Plus untuk memberi tenaga pada badan.
Paras Platlet (pembeku darah) sentiasa di kawal oleh pihak hospital.
Pergerakan perlu lebih hati2 khuatir kalau luka dan sebagainya akan mengakibatkan pendarahan yang tidak boleh dikawal.

Masa kena demam tu habis longlai seluruh badan. Bisa di setiap sendi.

Ada orang kata untuk cara untuk cure denggi dengan meminum jus perahan pegaga. Ambil lebih kurang segenggam atau lebih, cuci dan masukkan dalam kain kasa, squezee sampai keluar jus dia. Jangan campur dengan air putih atau sebagainya. Then minum sekerap yang mungkin.

Monday, September 24, 2007

Kematian

Alfatihah untuk Atuk Muradi Bin Hj Sidek (atuk maman)

Saat lepas umat islam berbuka puasa (11 ramadhan 1428h = 23 September 2007), beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Syukur aku sempat ziarah dia masa dia di hospital masa ramadhan ke 10 tu bawak emak sekali.

Atuk maman - atuk saudara aku. Juga yang jaga Nurin. Dah 5 hari aku tak hantar Nurin ke rumah dia sejak atuk Maman masuk hospital. Sakit ... orang dah tua umur dah 73.

Lepas maghrib tu aku dapat call dari anaknya bagitau Atuk Maman dah 'pergi'. Alfatihah sekali lagi.

Masa dia masih ingat, selalu nasihatkan sesapa yang datang rumah dia supaya jangan tinggal solat, jangan abaikan tanggungjawab, hormat ibu bapa dan banyak lagi....

Dulu masa aku darjah satu dia selalu jemput aku balik sekolah, kebetulan anak dia sebaya dengan aku dan kalau waktu tu abah aku lom balik dari kebun.

Tapi dia dah pergi sekarang, semoga Atuk Maman di cucuri rahmat dan diletakkan di sisi orang yang di kasihi Allah s.w.t. Tinggal lah Atuk Cik (isterinya). Aku pun mungkin tak hantar Nurin ke rumah Atuk Cik lagi lepas ni. Atuk cik dah tinggal sorang kat rumah tu lepas ni, mungkin anak dia akan bawa dia duduk sama kat Kuala Lumpur. Nurin aku tumpang rumah mak, sementara cari orang baru.