Showing posts with label babysitter. Show all posts
Showing posts with label babysitter. Show all posts

Thursday, October 22, 2009

Deklarasi

Saya pulang agak awal hari ni, en. suami jemput saya. biasanya di saat bertiga-tigaan (nurin ada terselit sekali) pasti dia akan ajak singgah kedai pekena mee goreng, milo ais, atau ke kedai cuci mata atau cuci poket. Tapi petang tadi, bila diajak singgah kedai hanya utk membeli bawang, katanya jemput budak2 dulu. Macam pelik je bunyinya, biasa dia yg kata, tak pe lewat 10 minit ambik budak. tak pulak saya ambil pusing lepas tu.

Tak lama lepas tu, si dia hulur hadnphone ada sms yg menarik utk di baca.

Rupa-rupanya kak pengasuh mintak tolong jemput budak2 awal sekarang memandangkan saya dah kerja dekat. paling lewat 5.45 ptg, sebab banyak benda dia nak buat selepas tamat sesi dia jaga anak2 saya. Kalau dulu ambik budak paling awal pun 6.15 tapi saya kena bawak keta cam F1. Sejak kerja dekat ni ada la sekali 2 lajak sampai 6.15 sebab ada urusan kat bandar. Ikut hati memang berdesup lepas abis pejabat dan sampai je rumah nak terus ambil budak2 tu. Cuma kekadang perlu singgah ke mana2 utk belanja dapur.

Apa yg nak saya kata ni, pengasuh saya memang berterus terang sungguh orangnya. Kalau dia rasa tak kena, depan2 dia cakap. Tak de kias2. Ada baiknya dari cakap2 di belakang. Mana yg boleh saya ikutkan saya ikut saja, hati di pihaknya perlu dijaga juga. tapi jangan tup2 dia declare tak nak jaga anak saya lagi sudah la.

Elok pun mesej tu dikirim kepada en suami, agar dia yg boleh sama2 ambil tindakan sepatutnya.



Friday, November 28, 2008

Panggilan Illahi

Last night tak dapat good sleep lah, sebab Adam is not well. Tak seaktif biasa, dan asyik terjaga dalam tidur malamnya. @ 4.45am dapat phone call telling that pakcik (suami baby sitter Adam) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Sambung tidur dan keluar rumah seperti biasa, hantar Adam ke rumah mak. Aku dan abang pergi melawat jenazah dulu bergilir dengan mak.

Kesian tgk makcik. Sesiapa pun akan sedih ditinggalkan. Tp lg sedih sebab dia tak ada anak hasil perkongsian hidupnya dengan pakcik. Tinggal dia sebatang kara. Apa yang dapat aku ucap padanya, cuma harap dia bersabar. Cakap memang senang lah kan.

Tapi sempat dia bercerita saat2 akhir dia bersama pakcik sejak semalam nya. Aku layan kan saja, tak satu soalan pun aku tanya kan sebab aku rasa dalam keadaan dia bersedih tak patut aku ajukan apa2 soalan.


Untuk diriku dan juga yang lain, kematian pasti datang.....
كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت..

Setiap yg bernafas pasti akan merasai mati..

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة..

Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khotimah. Janganlah Engkau matikan kami dengan su-ul khotimah..

Menanti di Alam Barzakh

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Tuesday, November 25, 2008

Again, worst

This morning sent Nurin to mom house, left her there. Then rushing to send Adam to the baby sitter house, when i almost arrived, received a phone call telling that the baby sitter can't babysit Adam for about 1 to 2 weeks starting this morning. Her husband is not feeling well. Why laaaaaa.... I tell her that i've been in front of her house at the moment. It was 7.10am. Turn back to my mom house with tears all the way.

Mak is always mak. Tak pe2 biar mak jaga. Even she is not well for the last 4 days, tapi as a mak, tak sampai hati tgk anak dan cucu dalam masalah.

Make two phone calls. Abang - to tell the situation. & Zura - to tell i'll be late to office.

Bagai nak gila aku pagi ni.

Adam is such a "ligat" boy bila kat rumah mak. Panjat tangga, panjat rak tv. Lucky lah sebab the brother dan sister ada kat umah since it is school holiday.

aku kena juga ke office hari ni, since hari ni last day my boss before she'll be working at the new place. kalau tak mungkin aku akan ambik EL sebab emosi pun dah tak stabil.



***************

Reach office @ 9.15.

Four of us (the girls) , take the oppurtunity to meet the boss. Again i end up the meeting with tears. (Hari ni main denganair mata je lah) She is the best leader i ve been working with. Malu la pulak rasanya. Dia punya pesanan akan insyaAllah akan disemat dalam hati dan jadikan sebagai panduan. Menjawat jawatan sebagai JUSA C( Jawatan Utama Sektor Awam). Dia memang layak.

Hari ni ada 2 majlis makan2 meraikan boss. Kenyang le aku sepanjang hari ni.

Monday, November 17, 2008

Hal Baby sitter lagi

Pagi ini aku tka sempat nak menghantar adam ke rumah baby sitter, makanya aku bawa dia utk berjumpa ayahnya di depan kilang. So job menghantar pass kat ayah lah. Tapi @ 10 am abang call kata baby sitter tak de umah. Pegi somewhere ngan family adik ipar dia - ada urusan katanya. Yang tinggal cuma suami dia yang tak berapa nak sihat. Aku call adik ipar dia to jejak kat mana baby sitter tu berada dan kul berapa nak balik umah semula. Tapi hampa la pulak bila diorang kata tak tau balik kul berapa dan suggest suh letak Adam kat jiran sebelah umah dia , dan mintak Ain (girl age 15 - yg agak terjal ku kira, biasanya sibuk layan pakwe datang umah). Wah, marah nya rasa tetiba. Mula la mata ni berkaca2 sedih, campur geram.

Aku call back abang dan bgtau situasi. Abang takkan dapat nak jaga adam, sebab dia baru abis syif malam mestinya mengantuk. Terpaksa la relakan je sesapa yg ada kat umah (anak2 saudara) tolong jaga adam. Mujur MIL ada, boleh dia tolong tgk2 kan.

Rasa nak berenti keja la ni gak.Serius lah.

Last friday masa aku amik adam, adam tengah menjerit2 nangis- sebab tak dapat nak buat benda yg dia nak buat. dalam keadaan berpeluh2. Basah bajunya. Yg ada cuma pakcik yg cuma memerhati sebab dia pun tak sihat. makcik dalam bilik air, mandi gamaknya. Kipas ada tapi tak pasang, diorang ni memang berjimat sungguh dengan bil elektrik. Sebab pernah dia merungut bila time raya semua balik, bil elektrik dia lebih RM30. Ya Allah, Tuhan aje yg tau perasaan aku masa tu, sebak tengok situasi adam masa tu. Tapi aku tak ada pilihan, mana lagi aku nak letak anak aku sorang ni. Bukan nak komplen ke apa, tapi ada suatu perasaan dalam hati ni yg rasa tak terluah bila berdepan dengan keadaan ni.

Oh esok, aku perlu bercuti or MC sebab ada MGTT kat klinik.

Thursday, February 14, 2008

babysitter baru utk Nurin

nurin terpaksa tukar babysitter baru, adiknya, Adam pun sekali lah. da dia tersedap dok umah ngan maknya 2 bulan. puas mujuk suh dok umah bbsitter baru nh. kat umah sedap je mulut dia jawab, angguk2 setuju konon nak pi umah cik besah. asal da sampai, sibuk nak balik la pulak.
































sedang kemas beg baju nak duk umah bbsitter.
semalam petang, kami pi umah bbsitter hantar barang bekal pakaian dan mainan.


pepagi gelap td, 6.40 sampai umah cik besah. masukkan adam dalam umah dulu, pastu dukung si kakak nih lak. time letak atas tilam tersedar la pulak dia. apa lg tgk umah lain jer meraung la dia. aku jalan je menonong, ntah camna cik besah pujuk, da la umah dia tak de telepon. keta aku meluncur terus pi opis for the 1s day lepas lilek 2 bulan. aku dah pesan ngan Abang mintak jemput diorang awal, lepas bangun tidur kul 3 nanti.