Thursday, February 12, 2009

Minggu penuh dengan appointment

minggu ni my pregnancy dah pun masuk ke 38minggu ++. Kalau ikut yang dulu2 punya dah anytime boleh deliver. Ntah tak tau yg kali ni macam mana. Aku masih setia bekerja. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk ke pejabat menyelesaikan mana yg lom siap. Kalau ikut banyak lg kerja tak dapat nak siap dengan lengkap, tapi aku cuba utk buat takat mana yg aku mampu.

Semalam aku ingat nak cuti, masuk lewat sikit kebetulan malam sebelum nya aku pergi uruskan perubatan mak dan adam. sampai rumah dah jam 1.30 pg. rabak mata. tapi sampai2 je opis dapat tau kena pi meeting ganti orang, ada kes pasal pendaftaran pelajar, haaa pensyarah ni kan pandai2 masing2 ada kebolehan. boleh buat mini2 sistem, tapi ntah tang mana silap, macam2 komplen dari pengguna. drag orang2 yg tak pasal2 ni masuk dalam perdebatan.....

Jadi.... sapa suruh kitorang masuk meeting, dari nak cuti, tapi datang nak siapkan kerja sendiri, makanya balik tu (dah la lewat) aku punch je, so pg tu punya punch kena la mintak sign boss.

Selasa lepas pi buat checkup kat klinik maternity, so baby kat dalam ni dah weighted 3.6 kg.
so +/- dr kata sampai deliver leh naik lg 200gms. waduh.... besar lagi kali ni.

Ni tadi kena pi klinik kesihatan, pasal dah lama aku missed checkup ngan KK. kena bising pulak, sbb lama tak datang.

Tapi aku dah inform aku ada buat checkup kat private, tapi aku still kena pi checkup kat GH gak esok. penat tau, nak ke sana, ke sini. ada orang offer nak hantar esok, tapi tak pe aku kata sebab lepas balik hospital aku akan tetap ke pejabat.

"Dia" dah cukup banyak membantu aku kat rumah. semua urusan anak2 dia yang buat, mandi, pakai baju, bangun buat susu tgh malam. Aku benar2 menghargai segala bantuannya itu. Syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi atas anugerah ini.

Nak tinggalkan/cuti awal dari kerja pejabat, aku kesian dengan kak ikin, sorang2 dia nak buat itu dan ini, persiapan audit 5S lagi. dah jadi cam mak yg sibuk nak kemas rumah nak raya aku tgk dia.

Sempena bakal melalui hari2 berpantang ni aku bercita2 nak jaga kesihatan elok2, berpantang elok2, patuh la petua2 orang tua bagai.. supaya lepas ni aku betul2 sihat. dan bila dah naik kerja nanti aku boleh kerja dengan keadaan yang sihat. Aku pernah mengalami "bentan lepas berpantang". Aku sedar, sebab masa tu anak pertama, renyah sangat. Ambik ringan pada perkara yg konon2 nya remeh, tapi ia meninggalkan kesan yang besar pada tubuh badan seorang wanita. Serik2.

0 comments: