Syaaban tinggal sehari (esok) saja. Lusa umat islam akan mula berpuasa Ramadhan. Bila nak lelapkan mata malam, kepala asyik fikir nak bangun sahur. Button Mindset setting untuk bangun sahur dah mula beroperasi. Itu fizikalnya. Persiapan rohani pula bagaimana?
Saya sendiri saban tahun memasang niat nak khatam Al-Quran dalam sebulan Ramadhan secara individu. Namun masih belum berjaya. Adalah satu cabaran besar untuk menjayakan niat itu. Tapi ganjarannya juga besar ! !
Ada kaedah yang boleh kita jadikan panduan untuk kita capai cita-cita atau hajat atau niat itu. bagaimana caranya untuk mengkhatamkan 30 juzu dalam masa 30 hari ?
- Disiplinkan diri, pada setiap hari, tamatkan 1 juzuk. (1 hari=1 juzuk)
- Setiap juzu mempunyai 10 helaian. Oleh itu, pada setiap waktu solat, bacalah 2 helaian (2 helai x 5 waktu solat=10 helai=1 juzuk)
- Sekiranya anda bimbang, tidak mempunyai waktu untuk membaca Al Quran selepas solat, maka bacalah sebelum solat (sementara menunggu azan).
- Disiplinkan diri untuk menunggu waktu solat. Setiap kali 10-15 minit sebelum azan, pastikan kita sudah berada di atas sejadah dalam keadaan berwudhu dan kemudian, bacalah Al Quran. Yang best nya, dengan disiplin ini, kita dapat baca Al Quran dan dapat menunaikan solat di awal waktu.
- Sekiranya, ada waktu yg tidak sempat dihabiskan bacaan Quran, kita qadha’ kannya pada waktu yang lain. Pastikan, sebelum tidur malam, kita telah pun tamat sekurang-kurangnya 1 juzuk. (kalau lebih, lagi bagus
- Bagi wanita yang masih didatangi haid, maka hendaklah berusaha lebih gigih untuk bersegera mengkhatamkan Al Quran.
Mari sahabat semua, kita pasangkan niat untuk khatam Al-Quran dalam Ramadhan ini. Yakinlah bahawa, dengan memasang azam, Allah swt akan memberikan pahala kebaikan yang sempurna walaupun kita tidak berjaya melakukannya.
0 comments:
Post a Comment