Tuesday, August 10, 2010

Tips Pemakanan Di Bulan Ramadhan

Menjelangnya Ramadhan, gerai jualan juadah berbuka akan tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Kalau di Muar ni lokasi bazar ramadhan di Sungai Abong depan Jabatan Pengangkutan Jalan Muar. Satu lagi lokasi yang agak baru jugalah di kawasan tapak meletak kenderaan Dewan Jubli Intan Muar.

Tak habis di situ, di sepanjang jalan, akan ada, beberapa gerai akan dibuka.

Sahabat semua, kalau kita tak beringat-ingat (termasuklah saya sendiri), nafsu hendak membeli, membuak-buak bila terpandang macam-macam juadah yang dijual. Jadi, sama-sama lah kita beringat-ingat ya.

Ada sedikit tips yang boleh kita kongsi bersama. Tips Pemakanan di Bulan Ramadhan.
Ingat tu, Bulan Ramadhan Adalah Bulan Ibadah, Bukannya Bulan Juadah.


  1. Berbuka dengan membaca doa.

  2. Mulakan dengan memakan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis. Kemudian sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.

  3. Selepas bersembahyang bolehlah mengambil makanan berat seperti nasi putih & mee / bihun /kuayteow sup.

  4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

  5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

  6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

  7. Berhenti makan sebelum kenyang.

  8. Lebihkan minum air.

  9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.

  10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah nasi putih, Oats/ Nestum, roti ataupun buah-buahan seperti kurma. Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.


"BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"

0 comments: