Ada seorang remaja berchatting dengan saya semalam.
Selepas habis dia menduduki Peperiksaan Percubaan SPM, sambil dia mengemaskan barangnya, tiba-tiba dia terbau 'manis'nya gula-gula, dan kemudian terdengar gula-gula digigit, "Keletuk".
Bila toleh kebelakang, dia terlihat rakannya sedang mengunyah gula-gula dengan selamba.
Remaja 1: Eh, ko tau ke hari ni Ramadhan ke berapa?
Remaja dengan gula-gula: Tau... hari ke 22
Remaja 1: Dari 22 hari ni, dah berapa hari kau puasa?
Remaja dengan gula-gula: 11 hari
Remaja 1: Kau puasa selang-selang ke atau ada hari kau tertinggal?
Remaja dengan gula-gula: Tak. Aku puasa setengah hari je, jadi 1/2 hari darab 22 dapat le 11 hari.
Astaghfirullah, tepuk dahi dengar. Ini kisah benar ya sahabat semua, bukan kisah lawak. Tengok saja lah remaja hari ini, mana kesedaran mereka. Dah berusia 17 tahun, bukan lagi anak-anak kecil.Si Umar tu yang baru 6 tahun pun dah puasa penuh.
Pada Ramadhan minggu kedua haritu, waktu saya masuk kereta lepas beli barang di kedai waktu tengahari, ada 3 orang remaja melayu berkumpul dekat-dekat. Nampak pula diorang main pas-pas puntung rokok. Selamba je muka mereka bila perasa saya melihatnya.
Besar tanggung jawab kita nak membesarkan anak-anak dengan ilmu agama dan taqwa yang tinggi.
Mereka bukan tak kuat / tak larat nak berpuasa, tapi tidak kuat imannya dan tidak ada taqwa untuk melaksana ibadah puasa
Puasa Ramadhan kita sudah pun memasuki 10 yang terakhir. Sedihnya, sebab tak lama lagi ia akan meninggalkan kita. Amalan sunnat tak seberapa yang dapat dilakukan.
Semalam saya bercakap-cakap dengan suami, tentang orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat fardhu. Melaksanakan Rukun Islam ketiga tetapi meninggalkan Rukun Islam Kedua
Secara asasnya yang saya fahami, puasa orang yang meninggalkan solat adalah sah tetapi tidak mendapat pahala.
Ada 2 Soalan yang saya jumpa berkisar tentang berpuasa tetapi meninggalkan solat:
Soalan 1; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpusa tapi tidak mengerjakan solat. Jawapan: Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar. ........ Selanjutnya baca di sini Soalan 2: Apakah hukum di sisi agama terhadap individu yang berpuasa Ramadhan tetapi dia tidak mendirikan solat? Adakah perbuatannya itu akan merosakkan puasanya dan tidak diganjari pahala?
Sebenarnya terdapat perbezaan di antara "batalnya ibadah" dan "ibadah tidak diterima". Kadang-kadang ibadah tersebut sah dan tidak perlu diulang semula hanya kerana ianya telah mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya, namun dalam masa yang sama tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang yang mendirikan solat dengan tujuan menunjuk-nunjuk (riya') ataupun dengan memakai pakaian curi.Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. ........ Selanjutnya baca di sini
Sia-sia bagi manusia yang menahan lapar,dahaga, kepanasan disiang hari kerana berpuasa tetapi puasanya ditolak akibat mengabaikan solatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Riwayat Ibnu Majah
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia. ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.
Menjelangnya Ramadhan, gerai jualan juadah berbuka akan tumbuh seperti cendawan lepas hujan. Kalau di Muar ni lokasi bazar ramadhan di Sungai Abong depan Jabatan Pengangkutan Jalan Muar. Satu lagi lokasi yang agak baru jugalah di kawasan tapak meletak kenderaan Dewan Jubli Intan Muar.
Tak habis di situ, di sepanjang jalan, akan ada, beberapa gerai akan dibuka.
Sahabat semua, kalau kita tak beringat-ingat (termasuklah saya sendiri), nafsu hendak membeli, membuak-buak bila terpandang macam-macam juadah yang dijual. Jadi, sama-sama lah kita beringat-ingat ya.
Ada sedikit tips yang boleh kita kongsi bersama. Tips Pemakanan di Bulan Ramadhan. Ingat tu, Bulan Ramadhan Adalah Bulan Ibadah, Bukannya Bulan Juadah.
Berbuka dengan membaca doa.
Mulakan dengan memakan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis. Kemudian sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
Selepas bersembahyang bolehlah mengambil makanan berat seperti nasi putih & mee / bihun /kuayteow sup.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
Berhenti makan sebelum kenyang.
Lebihkan minum air.
Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah nasi putih, Oats/ Nestum, roti ataupun buah-buahan seperti kurma. Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
Syaaban tinggal sehari (esok) saja. Lusa umat islam akan mula berpuasa Ramadhan. Bila nak lelapkan mata malam, kepala asyik fikir nak bangun sahur. Button Mindset setting untuk bangun sahur dah mula beroperasi. Itu fizikalnya. Persiapan rohani pula bagaimana?
Saya sendiri saban tahun memasang niat nak khatam Al-Quran dalam sebulan Ramadhan secara individu. Namun masih belum berjaya. Adalah satu cabaran besar untuk menjayakan niat itu. Tapi ganjarannya juga besar ! !
Ada kaedah yang boleh kita jadikan panduan untuk kita capai cita-cita atau hajat atau niat itu. bagaimana caranya untuk mengkhatamkan 30 juzu dalam masa 30 hari ?
Disiplinkan diri, pada setiap hari, tamatkan 1 juzuk. (1 hari=1 juzuk)
Setiap juzu mempunyai 10 helaian. Oleh itu, pada setiap waktu solat, bacalah 2 helaian (2 helai x 5 waktu solat=10 helai=1 juzuk)
Sekiranya anda bimbang, tidak mempunyai waktu untuk membaca Al Quran selepas solat, maka bacalah sebelum solat (sementara menunggu azan).
Disiplinkan diri untuk menunggu waktu solat. Setiap kali 10-15 minit sebelum azan, pastikan kita sudah berada di atas sejadah dalam keadaan berwudhu dan kemudian, bacalah Al Quran. Yang best nya, dengan disiplin ini, kita dapat baca Al Quran dan dapat menunaikan solat di awal waktu.
Sekiranya, ada waktu yg tidak sempat dihabiskan bacaan Quran, kita qadha’ kannya pada waktu yang lain. Pastikan, sebelum tidur malam, kita telah pun tamat sekurang-kurangnya 1 juzuk. (kalau lebih, lagi bagus
Bagi wanita yang masih didatangi haid, maka hendaklah berusaha lebih gigih untuk bersegera mengkhatamkan Al Quran.
Mari sahabat semua, kita pasangkan niat untuk khatam Al-Quran dalam Ramadhan ini. Yakinlah bahawa, dengan memasang azam, Allah swt akan memberikan pahala kebaikan yang sempurna walaupun kita tidak berjaya melakukannya.
Alhamdulillah Ramadhan 1431 akan tiba tak lama lagi. Sama-sama kita doa agar kita dipertemukan dengan bulan penuh barakah ini yang di dalamnya dipenuhi rahmat dan amalan mendapat ganjaran berlipat ganda.
InsyaAllah sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Bersiap untuk memenuhi keperluan rohani dan fizikal.
Tahun ni juga saya akan mulakan melatih Nurin berpuasa. Sebelum ni saya kurang beri penekanan kepada Nurin, tahun lepas kalau ada pun dia berpuasa mengikut-ikut sahaja. InsyaAllah tahun ni akan latih lagi. Di blog Pn. Azurah, kisah Puasa dan Umar. Elok pula ada Carta Ramadhan untuk anak yang dah boleh berpuasa penuh.
Juga ada Carta Ramadhan Adik, sesuai untuk anak yang baru belajar berpuasa.
InsyaAllah, kalau dipanjangkan umur kita semua akan mula bersahur untuk memulakan puasa Ramadhan 1430 malam ini.
Mudah2an ramadhan kali ini penuh makna, dapat kita menjalani amalan berpuasa beserta dengan amalan ibadah yg dituntut di bulan yg mulia ni.
Kita mulakan dengan niat puasa sebulan, berterawikh dan bertadarus. InsyaAllah.
Diri saya ni sendiri sebenarnya banyak sangat ketinggalan beberapa tahun ni. Last sekali saya berterawikh di surau/masjid adalah tahun 2004 - masa tu tgh mengandungkan nurin 8 bulan. pada 23 ramadhan saya lahirkan nurin. dan selepas dari tu belum pernah lg saya dapat berterawikh di masjid atau surau, meleret2 sampai anak ke 3.
Dan puasa tahun ni , puasa pertama saya akan bersahur dengan suami sahaja sebab dah duduk rumah sendiri. Biasanya akan bersahur/berbuka beramai2 dengan penghuni lain di rumah MIL, ada kakak ipar, abang ipar, biras, anak-sanak saudara. Pengalaman baru nih, jangan terlepas bangun sahur sudah, sbb dulu2 kakak ipar tolong ketuk pintu bilik kejut bangun sahur.
Sedikit cabaran mungkin buat saya, saya doa agar berjaya. sebab nak menyusu dan juga buat stok EBM untuk Adib dibulan puasa ni. Stop sedia ada dah tak berapa banyak. Kalut juga dibuatnya.
Apa pun semoga kita semua bersabar menghadapi segala cabaran di dalam bulan Ramadhan, dapat mengejar peluang utk beribadah.
Saya pohn maaf di atas segala salah dan silap saya.
Selamat datang ramadhan yang dinanti. InsyaAllah, minggu depan kita akan berpuasa. Pagi tadi on d way ke pejabat, di Radio dah start berkumandang nasyid2 tentang ramadhan. Aduhhhhh touchingnya, rasa sebak pulak......
Dua hari lepas, explained pada Nurin yang mulai minggu depan, ibu, ayah, atuk , cik yah, cik siti, cik jamil, abang tu, abang ni,.... tak boleh makan siang. Sebab kena berpuasa. Mungkin cukup dulu terangkan dia tentang puasa diperinkat awal ni.
Keratan dari akhbar Bharian.
PUASA ialah menahan diri daripada segala yang membatalkannya sepanjang hari, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.
Ia diwajibkan kepada umat Islam pada Ramadan.
Ia difardukan atas umat Islam pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Puasa Ramadan ialah satu daripada rukun Islam yang lima, sebagaimana ditegaskan al-Quran dan hadis, (maksudnya):
“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta hubungan seksual, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.
Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama berlapar dan menahan dahaga.
Mudah2an ramadhan kali ni dapat kita pertingkatkan lagi amalan berbanding tahun2 sebelumnya.
Dan sesuatu untuk dikongsi bersama, untuk pengguna Herbalife. Syor pengambilan Herbalife pada bulan puasa. Alhamdulillah, herbalife dapat membantu aku