Monday, October 18, 2010
Adam masih dalam mood baju raya
Sejak Syawal yang lalu Hampir setiap kali lepas siap mandi dia request untuk pakai "Baju Raya" : baju melayu. tahun ni baju raya dia saya buat sendiri kaler merah. Suka pulak dia pakai. Baju sedang dijemur lepas cuci pun dia mintak. Buka baju tu, masuk bakul pakaian kotor, lepas mandi dia nak sarung semula pun ada. Pening kepala sebab kadang2 menangis2 nak sarung 'Baju Raya'
Pagi tadi dia bangun tidur lencun seluar baju melayunya dan tilam sebab malam tadi saya mengantuk amat sangat dan tak bangun tukar diapers dia. Pagi ni kami mandikan dia jam 7 pagi Adib juga mandi sama. Biar sama-sama fresh ke rumah babysitter. Dia refuse baju lain, mahunya baju raya (baju melayu). Pagi ni bila dia dah sarung baju rayanya, Adib pun dipaksa pakai baju raya. Kat rumah baby sitter comel je nampak 2 budak lelaki berpakaian baju melayu serba merah bye-bye ibu, ayah dan kakaknya.
Syukur Alhamdulillah, Adam kadang kala dah boleh sikit-sikit bercakap dalam ayat yang betul. Walaupun kadang-kadang penggunaan ayatnya buat kami tergelak.
"Ibu, Adam lapar, adam nak makan nasi"
"Ibu, Adam lapar, adam nak main"
"Ibu, Adam lapar, adam nak tulis"
Kat rumah orang pun dia cakap macam tu. Bunyi macam Ibu tak bagi makan kat rumah pulak.
Monday, July 5, 2010
Panggilan Manja
Apa anda panggil sang suami eh? Darling?, Honey? my dear?, papa? Abang? atau sekadar panggil nama saja.
Macam-macam panggilan ya yang dapat dipanggil untuk yang tersayang. Kalau orang dulu-dulu mungkin abang, sayang atau akhirnya jadi abahnya, maknya.
Panggilan manja pada pasangan tu penting sebagai satu kaedah menunjukkan kasih sayang. Biasa-biasa orang Melayu kita panggil suami - 'abang'-ni rasanya lebih berbunyi hormat, tapi sekarang dah macam-macam bunyi yang digunapakai, "Bi(hubby)", "Ling (Darling)", "Yang (sayang)".
Ada satu scene budak-budak dalam kereta petang tadi.
Adam : Sayam, sayam...
Adam pronounce 'ang' sebagai 'am'. Abam (abam), Alom (Along), longkam (longkang)
so sayam is sayang.
Bila saya toleh pada dia, dia terus bercerita dalam bahasa Jerman (bahasa pelat dia, ok). saya gelak dan bgtau suami yang Adam panggil saya Sayang.
Tiba-tiba Nurin pula tegur Adam
"Adam, Adam ingat ibu ni isteri Adam ke?"
hahahah, kami gelak besar. Budak 2 orang ni, ada-ada saje.
.
Tuesday, April 6, 2010
bantal itu adam yang punya
saya bangun, hanger kan baju yg dicuci semalam dari mesin basuh. lepas tu ternampak perca putih yg memang dah dikeluarkan dari kotak sejak Ahad lalu.
masuk bilik acu,ukur bantal yg sedang dipeluk Adam.
bila dah siap sarung kekabu baru, ambik bantal peluk adam tebuk, keluarkan kekabu dan masuk dalam sarung kekabu baru tadi. terus jahit matikan sarung kekabu baru tu. cantik lah sebab baru. tapi dah tentu Adam takkan terima bantal yg berwajah baru ni. jadi sarung kekabu lama cuci - sental dengan sabun mandi dan sabun Glo cuci pinggan nak bagi hilang kotor, aduhhhh air basuhannya warnanya, tak agakkkk.
lepas tu saya perah, kemudian terus iron nak bg kering cepat, lepas tu saya saya masukkan sarung kekabu baru dalam sarung lama tu. supaya nampak macam asal.
Pernah kami sarungkan bantal tu dengan sarung elok. habis disuruh buka. tak nak. jadi bila dah heret sana, heret sini, kena susu. warna pun tompok sana tompok sini. bau pun ntah apa2 dah. kalau kucing kena tekap dengan bantal dia boleh lemas, tak tahan baunya. ahahahaha.
bantal yg rupanya sama ada 3 biji. so tadi baru berjaya selesaikan sebiji. 2 lg tak tau bila saya sempat buat. siap jahit dan cuci sarung bantal tadi pun dah 6.15 pagi.
weekend pula sibuk je manjang. tak dapat nak jahit, sbb nnt suma sibuk duduk depan mesin, tairk sana tarik sini.
weekend ni pula ada program sukan PASTI kat stadium muar. Nurin masuk perbarisan. kawan2 lain masuk bola jaring dan bola sepak. Cikgu dia kata Nurin takut2 main bola, sebab tu masukkan dia dalam kategori perbarisan. hahaha apa2 aje lah nurin ni.
Friday, January 8, 2010
Tidur luar bilik
isk...isk...isk..
sedih......
:(
Malam jumaat, saya menghukum diri tidur diluar......
Ni la kerja budak lelaki yg kecik 2 orang tu. Bukan kerja ayah nya ya.
malam yg begitu mengharukan....
boleh Adam dan Adib pakat bangun jam 2 pagi, sorang merengek, BF tak nak, apa pun tak nak,
sorang lg mintak diurutkan tangan kanannya (Adam), tak boleh berenti, nanti dia merengek.
sampai jam 3.45 pg saya yg tidur2 ayam, sambil BF sambil mengurut. Urut hand to hand eh, bukan urut B2B
:P
en suami, saya kejutkan dia untuk bersama2 melayan kerenah the boys....
akhirnya dia juga yg dah keletihan disiang hari, mamai2 melayan mereka.
ajaibnya, si adib boleh pulak senyap bila bayangan saya tak ada depan dia.
telinga dan nafsu tidur saya dah tak boleh tahan dengan rengekkan dia,
akhirnya saya dengan adam tidur atas karpet luar pintu bilik. terpaksa lah rela tinggalkan tilam King empuk yg baru 2 hari beli.
Hampir jam 4.45 pagi baru mata ni dapat lelap, sbb si Adam pula berzikir di luar pintu bilik panggil ayah, ayah dan ayah...... mungkin musykil kenapa ayah, adib dan kakak tak ikut tidur luar bilik bersama kami.
Saturday, December 12, 2009
Adam turns 2
Semoga Allah selamatkan kamu anakku, membesar dengan sihat, bijak dan menjadi hamba Allah yang taat akan perintahNya.
Friday, December 4, 2009
Adam
selalu cenggini.

Thursday, November 19, 2009
Tragedi November
Sekelip mata je semuanya berlaku.
Tapi syukur anak2 selamat.
Bila nak menjelang maghrib, macam biasa Nurin akan tutp TV.
Sementara nak tunggu makan lepas abang siap solat lbih kurg jam 7.20mlm, saya bersihkan habuk dan mainan2 yg bersepah.
Tiba2 bunyi benda jatuh dan meletup.
Bila saya toleh kebelakang, TV dah terbalik ke lantai, bahu kiri Adam tertindih sikit. Dan syukur dia dan Adib juga selamat, sedangkan tadi Adib sedang main di tempat di mana tv tu jatuh, elok je dia dah bergerak sikit tadi. Kalau tidak....
Segera angkat Adam... saya sendiri menggigil, Adam terketar2 menangis, memang terkejut sangat .
Lengan Adam sedikit luka, penuh dengan habuk kaca. Muka dia pun kena habuk kaca. Jadi lapkan dengan kain basah supaya dapat buang habuk2 kaca tu.
Rasanya Adam cuba panjat dan paut pada TV tu.
Habuk kaca, toksah cita la... sana sini, serata ruang tamu.
boleh pulak masa sibuk vacum dan kutip kaca2 yg kasar tu, blackout. jam 9.30 mlm bila letrik ada semula baru la siap bersihkan semuanya.
Bila keadaan dah agak reda, adam dah reda dari tangisnya, si kakak pulak tiba2 menangis. Katanya terkejut tgk tv jatuh. dan tangisnya juga sebab katanya tak dapat la nak tgk mickey mouse lagi lepas ni.
Tapi apa pun, syukur sebab anak2 dan kami semua selamat.
Monday, October 26, 2009
budak baik
tapi dia lom ada sepatah

cici - kunci (bila dia lock pintu kereta)
bi! bi! - nak mintak apa2 barang, termasuk susu, bantal dan makanan yg berkenan

muka comel (puji anak sendiri eh) tapi sikit2 nangis, kalah budak pempuan lagaknya.
renungan kemain tajam.

haaa ni dia dapat. si budak Nak-Akal. jatuh kat umah agen Insuran sya masa nak submit copy of bill hari sabtu lepas. elok, tepat kena bucu kerusi, melembong bukan main bengkak. Syukur bukan tepat kat matanya.
Kena lak, kat umah orang, kalau kat umah sendiri saya dah terus tuam dengan kain panas diseterika supaya kesan terbit darah tu hilang. Hingga pagi tadi masih ada kesan lebam (darah beku). Meraung sakannnnn kat umah orang.
Saturday, July 4, 2009
Lagi2 cerita sakit, klinik dan ubat.
Kesian dia, sebab bila nampak orang makan dia mintak nak makan tapi dia tak mampu nak kunyah dan diluahkan camtu je...
kat rumah saya bekalkan dengan Air Kotak Dutch Lady Coklat dan Strawberi. Ada satu hari je (jumaat) dia boleh minum botol, lepastu dah tak boleh semula.
Bibir jadi kering dan berdarah.
Jadi pg ni doktor beri ubat yg lebih power (katanya) dan rezeki laaa sebab doktor tak charge pun... kira2 biasa2 pun macam tu maunya RM30. Alhamdulillah...
Wednesday, July 1, 2009
Adam still in pain

Rasanya dia masih trauma nak makan. Minum pun takut2. Start tghari td dia point ke air kotak. itu pun nak minum mungkin kerana dah terlalu haus. Poor boy. Ni gambar siang tadi baru lepas cried painfully - saya lap mulut dia dengan kain yg dibasahkan dengan air+ais (harap2 dia terasa kebas). - dapat keluarkan nanah + darah. kena kuat semangat nak merawat dia ni, silap2 tak sampai hati nak korek mulut dia
Tuesday, June 30, 2009
Sesi mencari penawar di teruskan...
Adib pagi2 dah hantar ke babysitter, lepas tu abang beli sarapan. saya kepala dah ting tong. Pantang letak kepala je lelap. sekejap2 pun jadilah. badan dah rasa di awang2an.
lepas tu kitorang split, abang pergi uruskan SIL nak pi cuci luka dan mintak sambung MC. saya pulak bawak Adam pi berubat cara tradisional kat Pakcik Sabar yg pernah seluk mulut buaya kat Kampung Sungai Balang Darat.
Ttg masalah nak bg dia ubat, oleh kerana botol pun dia tak leh nak hisap, bg susu campur ubat dalam cawan minum dengan straw pun dia tak nak sbb rasa susu dia dah lain, jadi tercipta lah satu idea.
Kebetulan la pulak dia suka minum air kotak
saya tebuk kotak yg baru abis diminum dek kakaknya ni dan saya isi susu+ubat dalam ni. Laku beb!! senyum lebar saya. selamat tidur dah dia.....
Nak bagitau la kat sini,saya rasa la punca dia jadi camtu adalah sebab dia hisap puting kopek . Ntah kadang puting tu kotor dia pakai sumbat je dalam mulut dia, iyye kalau kita nampak boleh la kita basuh / basmi kuman dengan air panas dulu. kalau tak, selamat le....
dah lama dah nak wean dia dari puting tu, tapi belum berjaya. ni dah hampir 2 malam dia tidur tanpa puting sebab gusi dia sakit. Mungkin kah langkah weaning tu bertitik tolak dari sini????
Sick Boy
Saya bagi dia makan karamel sejuk dengan harapan dia rasa kebas dan dapat kurangkan sakit, tapi sekejap saja, bila rasa kebas tu hilang dia mula nangis semula.
Saya tak larat (tak sampai hati) tgk dia kesakitan. bayangkan aje la.. kalau kita kena ulser (mata ikan) pun kita tak tahan, apa tah lg gusi koyak dan bernanah.
Dia tak dapat nk tidur, nangis memanjang. mata saya pun dah rabak, sebab sejak semalam saya dah tak tidur dek kerana tuam dan melayan rengekkan dia.
Pukul 1 pg kami angkut semua anak2 masuk dalam kereta dan pecut ke Bandar Muar, ke satu2nya klinik 24 jam yg bukak.
Doktor pun muka bangun tidur. Saya mintak time slip. standby kut2 tak dapat ke office esok. Dah la esok kitorang kat Unit tu kena bg taklimat. Mintak maaf lah kawan2 sbb tak dapat turut serta.
Ni muka budak sakit......
Dah balik klinik bagi makan ubat... masih menangis lg. Aduhhhh hati saya bagai di siat2, kalau la boleh ambik sakit dia dan ganti kat saya.

agaknya hampir jam 3 pg baru saya terlelap, tu pun kejap2 bangun pujuk Adam....
Friday, June 5, 2009
Burung Hantu
Sejak maghrib Adam meragam, semua nya tak kena, di rumah mak dia dah tunjuk tanda2 resah. main tetap main tapi serba tak kena. Pulang dari rumah mak selepas isyak, saya terlelap sewaktu sedang melelapkan si anak2 (perkara biasa) dan sedar2 abang dah buka pintu rumah. Saya cuma buat air teh, quaker oats dan masak magi (dah tahap paling tak kuasa nak masak). lagipun jam dah 12.30 mlm. lepas berbual, berbincang (ni saja masa yg saya ada kalau dia kerja syif petang) tgk2 jam dah pukul 2 pagi. oh sambil2 tu tadi saya sempat tetas hujung lengan baju dan jahit semula - kes terpotong pendek.
Si adam mula bangun dan merengek. biasanya adam lebih pandai bawa diri sendiri, waktu malam masuk buai dia boleh tidur, bila tidur dilantai, dia golek2 atau berjalan dan bermain dalam keadaan gelap dan kemudian terlena sendiri, tapi kali ni dia merengek minta berteman, saya bangun nak ke bilik air atau bancuh susunya sekalipun dia akan ikut bangun sambil nangis. mengomel juga dalam hati, risau esok tak terjaga nak pergi kerja. Dia muntahkan susu yg dia minum. saya lap badannya dengan bantuan si ayah. hampir jam 3 pagi baru dia lena, itu pun kejap2 bangun menangis.
Ntah jam berapa nurin kejut saya bangun tidur. "ibu bangun la kata nak sidai kain". saya cuma jawab dah la tidur.ibu ngantuk. 2-3 kali juga dia kejut saya. tgk jam baru pukul 4 pagi. masuk kali ketiga bila dia kejut suruh saya bangun sidai kain lagi saya jawab, dah ibu dah siap sidai. baru la lepas tu dia tak berbunyi lagi. Macam mana boleh datangnya suruh saya sidai kain?????
Sebelum saya tidurkan anak2 saya ada bgtau nurin, kita perlu tidurkan adik2 nnt boleh buat kerja rumah nak sidai pakaian. tapi dia dan saya terlelap dan pakain tak bersidai sampai ke pagi. boleh pulak dia ingat pepagi buta tu. Nak tergelak pun ada.
Dah berapa malam berturut2 saya tidur lewat , sampaikan bawah mata ni makin ketara dark spot.
Friday, May 22, 2009
early bird
he didn't bother. saya boleh buat morning job saya easily but with condition biasa, dah menyusu dan berinya 2 candunya : puting dan bantal busuk. And 1 lg condition, jangan regunya (si kakak) terjaga sekali. Nanti saya boleh jadi itik nila pepagi buta, mula la mulut saya mengomel tanpa henti. Itu gambar sempat saya snap, dia sedang tunggu saya bersiap sebelum hantar dia dan adik dan kakaknya ke destinasi memasing. Suka main songkok ayah.
Wednesday, April 29, 2009
Monday, February 9, 2009
Badi ke?
Dan sekali lagi malam tadi, masa yg sama, berlaku lagi, mujur kali ni abang ada, tak le aku rasa seram sangat. tapi kali ni lagi panjang nangisnya, tiap2 jam kami terbangun. sampai yg last jam 4.30 pg. Macam kena kacau tidurnya.
Aku memang dah tak larat sungguh.... Esoknya nak kena kerja. Rabak mata makcik. Kalau ikut larat menag tak larat dah nak pi keja, sebab dah sarat benau lepastu tak cukup tidur. tapi apa boleh buat, kawan2 suma tak de besok, yg cuti, yg MC. Kalau tak kerana aku nak kejarkan task yg tak siap, memang aku dah ambil cuti panjang sebelum bersalin.
Jumaat yang lepas ni, sewaktu drive nak pi kerja, aku ada bertembung dengan satu kemalangan, dan aku nampak jelas depan mata seorang lelaki memakai kain pelikat yang telah terbujur kaku diselimuti dengan kain. Waktu balik , aku bertembung pula dengan sekumpulan umat manusia yang baru keluar dari kawasan perkuburan di sekitar tempat kemalangan pagi itu. Mungkin jenazah berkenaan yang dikebumikan. mungkin kah itu yg menjadi punca terganggunya Adam.
Sejak semalam juga Adam tak de selera nak makan, apa yang disuakan ke mulutnya, diluahkan.
Ya Allah, sihatkanlah anak2 dan keluarga ku semua. aku tak berdaya nak mengharungi saat2 mereka tidak sihat dalam keadaan aku begini.
Makanya pagi ni , aku terlewat bangun, sedar2 dah 6.45pg. Sampai kat tanjung agas, alarm minyak dah menyala2. Kalau aku teruskan mungkin akan terkandas di lebuh AMJ. Aku singgah isi minyak di sg rambai dan terpaksa minta bantuan kawan2 yang baik hati punch kan.Malu nak mintak tolong, tapi I dah terpaksa. tq, tq, tq.
Aku harap aku akan mampu pergi kerja sekurang2nya sampai sebelum melahirkan sampai task ku selesai. Amiinnnnn
Saturday, January 31, 2009
Dia di atas sana
Uhhh .... sangat lah mendebarkan bila si kakak kata adik duduk atas meja dapur. Dah la aku nak bangun tak leh sepantas kilat. tgk2 dia tgh main botol air atas meja, silap duduk dia boleh terbalik ke belakang. Ahhhh... Adammmmm...... bila nampak aku datang, dia pun panik dan campak botol air tu ke lantai dan macam nak larikan diri. Tapi bukan sekali dia terlepas duduk atas meja, sebab selepas dari pada tu dia ditemui lagi di atas meja. Tak cukup lantai dia nak jalan/menapak, atas meja pulak yang nak diexplorenya.
Tuesday, December 30, 2008
Mana Mood ni????
Makanya hari ni aku tak de mood, mengantuk.
Bersenang lenang juga sejak khamis kerana abang tak pergi kerja. tapi disebalik itu susah hati gak sebab bukan cuti bergaji. Jumaat lalu juga hari bersejarah sepupuku, kerana disandingkan dengan pilihan hatinya
Dan semalam sempat bawak anak2 window shopping ke Giant Muar. Ada booth "Learn English With Noddy". Memang best la buku ni, aku nak review lelebih pun tak pandai. Tapi sesuai la untuk anak2 melayu ni. Buku2 datang bersama dengan CD. Visual lebih menarik minat kanak2 dan proses belajar melalui visual adalah lebih cepat. Berbanding dengan kita nak duk ngan dia ajar dia satu2/sebijik2.
Bagi aku program / pakej ni memang la sangat best. Aku dah beli set Grolier sebelum ni. Grolier juga bagus cumanya kita kena spent banyak masa dengan dia dan mengajar, lepas tu ia agak sesuai bila anak2 dah pandai membaca, berbanding dengan yang noddy ni. Alahai, harap2 ada rezeki nak beli noddy ni. Nurin pun dah tertarik semalam dengan set ni bila dia duduk tgk CD yg diorang pasang dalam masa 1/2 jam. Berat je nak nak bangun pergi.
Ok lepas tu kami continue window shopping. hmmm selama duit. layan nurin main kat play park kat atas. puas dia dan lepas tu mintak naik kapal terbang pulak.
Dan Adam dah boleh berjalan few steps, 1, 2, 3, 4 jatuh. Nampakla dia nak usaha berjalan. tak la bermalas2an.
Semalam petang juga pi beli C3 Spirulina Gamat Emas. Orang2 kata good for Pregnant mom, pernah beli sebelum ni, tapi sebab rasa dia kurang syok, makanya aku tak continue. Tapi yg ini memang best, confirm best sebab perisa blackcurrant. Sesuai juga utk seisi keluarga sampai la ke baby. Beli 2 botol terus.
And hari ni adikku pepagi dah pi amik result PMR nya. Apa je result chai tahniah. itu yg telah diusahakan.
Ada plan nak ambik cuti lagi jumaat ni sebab cadang nak pi buat checkup kat swasta dan buat booking.
Tuesday, December 16, 2008
Musim murung
Sehinggalah klimaks nya bermula pada dinihari Sabtu Adam mula demam. Jam 3 pagi panas melanda.
Kemudian diikuti oleh ayahnya. Jam 11.30 mlm hantar ayahnya ke klinik dan adam kutinggal bersama ipar2 di rumah. Ops malam itu malam akhir tahlil. Sesampai dari klinik jam 1.30 pg adam sedang melalak2 tak mo tidur. Kami bersengkang mata memujuk dia. tak mau tidur, refuse minum susu, sakit mulut. Lepas subuh baru dia dapat lelap, lepas di sudukan dengan susu, dapat la dia alas perut.
Dr confirmkan Adam memang sakit mulut, worst sangat dalam mulut dia . Patutla sejak dari 9 malam dia tak mau minum. Lembik longlai dah badan dia. Dr promise to give the best medicine (From England dia kata). Tak kisah la mana datang, janji halal dan Adam cepat baik.
Tak lupa juga aku ikhtiarkan perubatan tradisional. (Lain kali lah aku tulis)
Sehingga pagi tadi aku dapat lelap dah menjelang pagi. Aku sepatutnya ke Putrajaya dengar presentation KMK (Kumpulan Meningkat Mutu Kerja). Tapi tak dapat ku penuhi, sebab aku hanya terjaga dari tidur jam 6 pg. Walhal patunya aku dah kena kuar rumah jam 5.15 pg.
Mau tak mau Adam terpaksa duduk rumah bbsitter. Ada kerja di pejabat harus aku selesaikan.
Dalam hati sentiasa berdoa, Ya Allah selamatkanlah dan sihatkan lah anak2 ku dan ahli keluarga ku walau di mana mereka berada. Amiiinnn

