Monday, October 18, 2010
Adam masih dalam mood baju raya
Sejak Syawal yang lalu Hampir setiap kali lepas siap mandi dia request untuk pakai "Baju Raya" : baju melayu. tahun ni baju raya dia saya buat sendiri kaler merah. Suka pulak dia pakai. Baju sedang dijemur lepas cuci pun dia mintak. Buka baju tu, masuk bakul pakaian kotor, lepas mandi dia nak sarung semula pun ada. Pening kepala sebab kadang2 menangis2 nak sarung 'Baju Raya'
Pagi tadi dia bangun tidur lencun seluar baju melayunya dan tilam sebab malam tadi saya mengantuk amat sangat dan tak bangun tukar diapers dia. Pagi ni kami mandikan dia jam 7 pagi Adib juga mandi sama. Biar sama-sama fresh ke rumah babysitter. Dia refuse baju lain, mahunya baju raya (baju melayu). Pagi ni bila dia dah sarung baju rayanya, Adib pun dipaksa pakai baju raya. Kat rumah baby sitter comel je nampak 2 budak lelaki berpakaian baju melayu serba merah bye-bye ibu, ayah dan kakaknya.
Syukur Alhamdulillah, Adam kadang kala dah boleh sikit-sikit bercakap dalam ayat yang betul. Walaupun kadang-kadang penggunaan ayatnya buat kami tergelak.
"Ibu, Adam lapar, adam nak makan nasi"
"Ibu, Adam lapar, adam nak main"
"Ibu, Adam lapar, adam nak tulis"
Kat rumah orang pun dia cakap macam tu. Bunyi macam Ibu tak bagi makan kat rumah pulak.
Tuesday, July 27, 2010
Gigi
Bila kejap-kejap mengadu sakit kami ajak dia cabut gigi. Dia tak mau, takut katanya. Diberi pilihan nak sakit selalu atau nak cabut saje. Dia diam pula.
Lepas tu boleh pula dia cakap macam-macam perihal gigi.
Gigi 1:
"Kalau gigi akak dah cabut, nanti akan jadi macam gigi Aifa"
"Tak pe nanti gigi tu akan tumbuh semula, Gigi baru dan cantik"
"Kalau macam tu, kalau Aifa dah ada gigi semula, akak susah la nak kenal mana satu Aifa, mana satu Aina"
**Aifa dan Aina- pasangan kembar seiras kat sekolah. muka diorang sangat seiras.
Gigi 2:
"Ibu kata, kalau gigi akak dah cabut, nanti akan tumbuh baru kan, macam mana boleh ada gigi lain kat dalam ni???"
Errr...... dah mula la soalan-soalan saintifik dia ni keluar
"Allah yang buat. Mula-mula lahir tak ada gigi, lepas tu tumbuh, macam Adib kan, bila dah jadi kanak-kanak macam Nurin, gigi mula rosak, kena lah cabut"
"Kemudian baru lah Allah tumbuhkan gigi baru kali kedua, tapi lepas dah tumbuh kali kedua , tak nak jaga gigi, tak nak gosok, gigi boleh rosak semula. Kalau kena cabut kali kedua dah takde tumbuh gigi lagi."
"Nanti tak de gigi macam atuk "
:)
"Tak de gigi yang ke tiga ke ?????????"
Gigi 3:
Masa nak naik kereta nak ke rumah mak...
"Ibu tak nak belikan akak nama ke?"
nama = nametag
"Nak buat apa?"
"Sebab nanti bila gigi akak dah kena cabut, kawan-kawan dah tak kenal akak lagi"
Errrrr.......... macam-macam la anak ni
Monday, July 5, 2010
Panggilan Manja
Apa anda panggil sang suami eh? Darling?, Honey? my dear?, papa? Abang? atau sekadar panggil nama saja.
Macam-macam panggilan ya yang dapat dipanggil untuk yang tersayang. Kalau orang dulu-dulu mungkin abang, sayang atau akhirnya jadi abahnya, maknya.
Panggilan manja pada pasangan tu penting sebagai satu kaedah menunjukkan kasih sayang. Biasa-biasa orang Melayu kita panggil suami - 'abang'-ni rasanya lebih berbunyi hormat, tapi sekarang dah macam-macam bunyi yang digunapakai, "Bi(hubby)", "Ling (Darling)", "Yang (sayang)".
Ada satu scene budak-budak dalam kereta petang tadi.
Adam : Sayam, sayam...
Adam pronounce 'ang' sebagai 'am'. Abam (abam), Alom (Along), longkam (longkang)
so sayam is sayang.
Bila saya toleh pada dia, dia terus bercerita dalam bahasa Jerman (bahasa pelat dia, ok). saya gelak dan bgtau suami yang Adam panggil saya Sayang.
Tiba-tiba Nurin pula tegur Adam
"Adam, Adam ingat ibu ni isteri Adam ke?"
hahahah, kami gelak besar. Budak 2 orang ni, ada-ada saje.
.
Friday, June 25, 2010
Muka 20 sen
Sambil duduk kat meja makan (kat rumah mak). Nurin dan ayahnya berborak, ayah usik2 sakat2 anak pempuannya yang seorang ni.
Kemudian Nurin pandang saya,
Jarinya telunjuk diletak pada matanya, dia mula melukis sesuatu pada muka
kemudian ke mata yang sebelah lagi dan melukis lagi.
Saya tanya dia apa yang dia cuba buat tu?
"Nurin lukis 20 sen"
Kenapa?
"Sebab ayah selalu cakap muka Nurin muka doposen, jadi Nurin lukis lah 20 sen kat muka"
Tergelak saya.
Ha tu lah, asal dia buat muka poyo, muka blur, si ayah akan tanya dia : Kenapa buat muka 20 sen ????

Apa murah sangat ni bang?????
.
Wednesday, May 6, 2009
F.A.M.I.L.Y
Seronok tgk the kids happy bermain. Leka dengan dunianya.......
................................................... dan seronok menunggang 'kenderaan' paling disukainya
Saturday, January 31, 2009
Dia di atas sana
Uhhh .... sangat lah mendebarkan bila si kakak kata adik duduk atas meja dapur. Dah la aku nak bangun tak leh sepantas kilat. tgk2 dia tgh main botol air atas meja, silap duduk dia boleh terbalik ke belakang. Ahhhh... Adammmmm...... bila nampak aku datang, dia pun panik dan campak botol air tu ke lantai dan macam nak larikan diri. Tapi bukan sekali dia terlepas duduk atas meja, sebab selepas dari pada tu dia ditemui lagi di atas meja. Tak cukup lantai dia nak jalan/menapak, atas meja pulak yang nak diexplorenya.
Wednesday, November 19, 2008
Jangan Buli Balik
Kalau kakak baring dia akan datang dan lanyak2 kakak dia. At first si kakak rasa best lah, gurau lama2 menjerit juga.
Kalau kakak tengah buat keja, baca ke, tulis ke, menampal ke, dia akan datang duduk atas kerja2 si kakak. Nampak cam dengki kan. Kecik2 da wat perangai ye budak adam ni.
Haaaa ni gambar bawah ni, gambar waktu dia sedang menanggung sakit nak buang air besau. Slalu camni, nak membuang je, nangis, slalunya kena layan camni la kalau time 2 aku cuti. layaannnnnnnn urut pinggang dia.