Showing posts with label kids development. Show all posts
Showing posts with label kids development. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Adam masih dalam mood baju raya

biar pun syawal dah berlalu 10 hari yang lalu, cumanya hari raya aidil adha insyaAllah tiba kira-kira sebulan lagi. Adam masih dengan mood Baju Raya.

Sejak Syawal yang lalu Hampir setiap kali lepas siap mandi dia request untuk pakai "Baju Raya" : baju melayu. tahun ni baju raya dia saya buat sendiri kaler merah. Suka pulak dia pakai. Baju sedang dijemur lepas cuci pun dia mintak. Buka baju tu, masuk bakul pakaian kotor, lepas mandi dia nak sarung semula pun ada. Pening kepala sebab kadang2 menangis2 nak sarung 'Baju Raya'

Pagi tadi dia bangun tidur lencun seluar baju melayunya dan tilam sebab malam tadi saya mengantuk amat sangat dan tak bangun tukar diapers dia. Pagi ni kami mandikan dia jam 7 pagi Adib juga mandi sama. Biar sama-sama fresh ke rumah babysitter. Dia refuse baju lain, mahunya baju raya (baju melayu). Pagi ni bila dia dah sarung baju rayanya, Adib pun dipaksa pakai baju raya. Kat rumah baby sitter comel je nampak 2 budak lelaki berpakaian baju melayu serba merah bye-bye ibu, ayah dan kakaknya.

Syukur Alhamdulillah, Adam kadang kala dah boleh sikit-sikit bercakap dalam ayat yang betul. Walaupun kadang-kadang penggunaan ayatnya buat kami tergelak.

"Ibu, Adam lapar, adam nak makan nasi"

"Ibu, Adam lapar, adam nak main"

"Ibu, Adam lapar, adam nak tulis"

Kat rumah orang pun dia cakap macam tu. Bunyi macam Ibu tak bagi makan kat rumah pulak.

Tuesday, July 27, 2010

Gigi

1 batang gigi kapak Nurin yang sebelah bawah tiba-tiba goyang, bila ditanya, jawabnya tak de terhantuk apa-apa. Sakit lah jadinya. Baris giginya masih elok, sikit-sikit tu adalah kena karies gigi.

Bila kejap-kejap mengadu sakit kami ajak dia cabut gigi. Dia tak mau, takut katanya. Diberi pilihan nak sakit selalu atau nak cabut saje. Dia diam pula.

Lepas tu boleh pula dia cakap macam-macam perihal gigi.

Gigi 1:

"Kalau gigi akak dah cabut, nanti akan jadi macam gigi Aifa"

"Tak pe nanti gigi tu akan tumbuh semula, Gigi baru dan cantik"

"Kalau macam tu, kalau Aifa dah ada gigi semula, akak susah la nak kenal mana satu Aifa, mana satu Aina"

**Aifa dan Aina- pasangan kembar seiras kat sekolah. muka diorang sangat seiras.


Gigi 2:


"Ibu kata, kalau gigi akak dah cabut, nanti akan tumbuh baru kan, macam mana boleh ada gigi lain kat dalam ni???"

Errr...... dah mula la soalan-soalan saintifik dia ni keluar

"Allah yang buat. Mula-mula lahir tak ada gigi, lepas tu tumbuh, macam Adib kan, bila dah jadi kanak-kanak macam Nurin, gigi mula rosak, kena lah cabut"

"Kemudian baru lah Allah tumbuhkan gigi baru kali kedua, tapi lepas dah tumbuh kali kedua , tak nak jaga gigi, tak nak gosok, gigi boleh rosak semula. Kalau kena cabut kali kedua dah takde tumbuh gigi lagi."

"Nanti tak de gigi macam atuk "

:)


"Tak de gigi yang ke tiga ke ?????????"


Gigi 3:

Masa nak naik kereta nak ke rumah mak...

"Ibu tak nak belikan akak nama ke?"

nama = nametag

"Nak buat apa?"

"Sebab nanti bila gigi akak dah kena cabut, kawan-kawan dah tak kenal akak lagi"

Errrrr.......... macam-macam la anak ni

Monday, June 28, 2010

Adib : langkah pertama (tak sengaja)

Alhamdulillah, syukur.

Umur Adib 1 tahun 4 bulan dan beberapa hari.

Bila jawab pertanyaan orang, biasa2nya ipar duai lah, reaksi mereka, eh belum jalan lagi?

Aaah belum. ringkas je jawapan saya.

Tak pe lah, biar dia puas explore rumah dengan gaya bebas dia sekarang (merangkak). Asalkan dia sihat, sambil2 kita lihat juga perkembangan kesihatan mental dan fizikalnya.

Bila dah berjalan nanti kena lebih lagi prihatin dengan langkah dia, lantai licin atau tidak, ke mana dia pergi. Kena pasang kasut penggera (kasut yang berbunyi2 tu :) ) supaya tau mana dia pergi.

Malam tadi sedang, layan anak2 makan depan TV sambil tengok MENTOR. Selingan-Eh! macam konfius dengan keputusan Ila Damia terkeluar.

Tiba2 cik abang saya jerit-jerit Adib jalan! Adib jalan!

Alhamdulillah, Subhanallah.

Rasanya, Adib pun tak perasan yang dia dah 'ter' berjalan masa dia cuba bagi barang kat ayah.

Elok je ptg semalam masih jalan berpaut-paut pada kerusi, meja dinding, tangga dan apa saja tergapai oleh tangannya. Mulut ni ada juga ucap, ni tak lama ni berjalan la ni.

Sudahnya selepas kejayaan pertama dia tak henti-henti membuat cubaan. Banyak kali berjaya, walaupun 3-4 langkah jatuh bangun semula, jatuh lagi dan lagi.

Hinggakan tidurnya tak lena, kejap-kejap menangis. Kepenatan agaknya. Lupa pula nak gosok kakinya dengan minyak macam biasa.











Nota: tiada gambar adib berjalan.

.

Friday, November 13, 2009

2 butir permata

Gigi adib 2 yang pertama dah tumbuh. gambar ni saya snap 4 hari lepas. Dah boleh nampak tapi samar2.

Yang tak tahan tu masa BF kan dia. Kadang2 dek kerana gusi gatal agaknya tu yg dia gigit.Aaaaa tension akak. Sakit la nak oiii..

Semalam dah semakin jelas giginya.




lagi 3 hari akan genap 9 bulan, tapi masih duk menyelar/mengesot. rasanya kalau dibandingkan dengan bayi seusia dia dah ada yg merangkak atau kalau lebih maju dah ada yg berpapah pada kerusi atau dinding.

risau sangat tu tidak le ttg perkembangan dia, asalkan dia sihat. cumanya yg saya tak tahan atau kesian, bila dia nak ikut abang atau kakaknya keluar masuk bilik terpaksa la bersungguh2 mengesot. Tapi nanti kalau dah dapat kaki... ha siap lah bertiga tu bikin gamat kat rumah.

Tuesday, November 10, 2009

mari mengeja

rasanya dalam 2-3 minggu ni Nurin sudah pandai mengeja.

kalau yg mana2 suku kata 2 huruf tu kira dah lulus lah,

mana2 yg suku kata 3 huruf tu masih perlu dibantu,

yang suku kata 4 huruf, masih belum berjaya lagi setakat ni, macam "meng", "yang", "tang"

bila berjalan nampak signboard, dia akan eja,

kat rumah bila tgk tv dia akan eja Info kat ASTRO, mana2 yg dia dah boleh baca dia akan tahu la tajuk cerita tu,

jadi hari ni dia kat rumah berdua dengan ayah, dia masih dengan sesi belajar ejanya


[14:01] acit0377: bi biiiii..... n a naaaaaaaaaa biiiiiinaaaaaa nurin rasa mcm ibu la
[14:02] bina1178: apa tu
[14:02] acit0377: dia eja td

oh nasib baik tau tu ibu....

:)

Thursday, October 8, 2009

Grows well

Nurin,

sudah lama rasanya tak berdua2an dalam kereta dengan gadis kecil ni.
Kalau dulu masa baru beranak satu, selalu berdua dengannya dalam kereta, selepas jemput dia dari rumah baby sitternya. sampai lah hadirnya adam , maknanya sampai umur Nurin 3 tahun 1 bulan.

Masa berdua-duan dalam kereta ni lah masa emas saya dengannya. Bercerita, mengajar dia baca doa, Al fatihah, kenal ABC, 123 dan banyak lg seingat saya.

sampai la pagi tadi apa bila saya bersamanya , berdua di dalam kereta, tiba2 teringat masa2 lalu, kali ni saya cuba pula ajak dia baca ayat Kursi. Hmmm dia ikut membaca, kemudian saya kata kalau kita baca ayat Kursi Allah akan jaga kita,nanti syaitan akan lari jauh.

Habis ikut saya baca ayat Kursi dia bgtau supaya nanti malam ajar dia sekali lagi. Senyum sendiri saya. terasa dah besar anak saya ni.

Kepala saya lalu melilau teringat kan adam yg sampai ni masih belum boleh fokus kepada sesuatu. Mungkin kena cari teknik lain nak berdamping dengannya.

Tuesday, May 26, 2009

Adib 3 1/2 month

Saya dah tak berani nak tinggal si kecik ni berseorangan. Menjengah je ke usia 3 bulan 1/2 dia sudah berjaya meniarap. Saya kira agak cepat berbanding dengan anak2 yg lain. dan cepat juga bg seorang bayi. Hmmm zaman sekarang, perkembangan kanak2 terlalu cepat berbanding dengan usianya.

Dah beberapa kali dia meniarap dan lemas bila mukanya tersembam ke tilam. tengkuk masih belum boleh tahan lama nak maintain kepala tu tegak.


kontrol hensem ye, nak amik gambo.

Tumpas kerana dah letih.

Friday, May 22, 2009

Words of the day

My princess is growing up safely. Alhamdulillah. And she's keep improving her vocabulary too. Tapi sometimes when it comes to construct ayat, to tell us what her daily activity, ada few yg buat kami tersenyum. walaupun tak tak betul/ kurang sesuai tapi saya still happy. ada juga effort nak mencuba.

"Ibu, boleh tak akak baring dari sini" patutnya "...boleh tak baring di sini"

"kapal terbang ni terbang dari atas" patutnya "..terbang ke atas" -


Yesterday, when saya just get back from work, she asked for a new bicycle.

"Ibu, akak rasa basikal ni dah tak sesuai dengan akak, akak kena naik basikal lain"

Why????

"Sebab basikal ni terlalu besar untuk akak. Akak nak basikal yg kecik sikit mcm kawan akak naik" (refer to anak neighbour kami)

and before she fall asleep she request 1 more thing.

"Ibu akak rasa kita kena belikan Adam basikal sendiri yg kecik" Me : ok lah. kalau tak selagi tu nak bercakap

Huh macam2 . Kelakar dengar dia bercakap bahasa Melayu yg standard nih. bahasa buku saya kata. This kind of thing lah yg kita tak patut terlepas sepanjang dia membesar. Seronok.

Saturday, January 31, 2009

Dia di atas sana

Tak sempat nak capture gambar Adam, which he has been caught sitting on the dining table.
Uhhh .... sangat lah mendebarkan bila si kakak kata adik duduk atas meja dapur. Dah la aku nak bangun tak leh sepantas kilat. tgk2 dia tgh main botol air atas meja, silap duduk dia boleh terbalik ke belakang. Ahhhh... Adammmmm...... bila nampak aku datang, dia pun panik dan campak botol air tu ke lantai dan macam nak larikan diri. Tapi bukan sekali dia terlepas duduk atas meja, sebab selepas dari pada tu dia ditemui lagi di atas meja. Tak cukup lantai dia nak jalan/menapak, atas meja pulak yang nak diexplorenya.




Inilah anak yg bertuah bikin gempar hati ibunya, tidur dalam kain pelekat sebab kain buainya tak kering lagi dan tak ketinggalan, bantal busyuknya. Dia susah nak tidur tanpa barang kesukaannya ini.



Soklan yg bertubi2 ditanya oleh si kakak bila tgk wedding pic ayah dengan ibunya "Ibu, kenapa ayah dengan ibu ambik gambar tak ajak Nurin dengan adik adam?" Nurin pegi mana masa ni?



Dan ini hasil tangan Nurin, origami ke apa ntah, tapi ni dia kata "sampan". selaci penuh dengan kerja dia. .

Tuesday, December 30, 2008

Mana Mood ni????

Mungkin sebab dah bercutian sekian lamanya since khamis, 25 Disember. Oh itu adalah hari ulangtahun pernikahan kami yg ke 5. Alhamdulillah masih utuh dan mudah2an terus diberkati Allah.

Makanya hari ni aku tak de mood, mengantuk.

Bersenang lenang juga sejak khamis kerana abang tak pergi kerja. tapi disebalik itu susah hati gak sebab bukan cuti bergaji. Jumaat lalu juga hari bersejarah sepupuku, kerana disandingkan dengan pilihan hatinya

Dan semalam sempat bawak anak2 window shopping ke Giant Muar. Ada booth "Learn English With Noddy". Memang best la buku ni, aku nak review lelebih pun tak pandai. Tapi sesuai la untuk anak2 melayu ni. Buku2 datang bersama dengan CD. Visual lebih menarik minat kanak2 dan proses belajar melalui visual adalah lebih cepat. Berbanding dengan kita nak duk ngan dia ajar dia satu2/sebijik2.

Bagi aku program / pakej ni memang la sangat best. Aku dah beli set Grolier sebelum ni. Grolier juga bagus cumanya kita kena spent banyak masa dengan dia dan mengajar, lepas tu ia agak sesuai bila anak2 dah pandai membaca, berbanding dengan yang noddy ni. Alahai, harap2 ada rezeki nak beli noddy ni. Nurin pun dah tertarik semalam dengan set ni bila dia duduk tgk CD yg diorang pasang dalam masa 1/2 jam. Berat je nak nak bangun pergi.

Ok lepas tu kami continue window shopping. hmmm selama duit. layan nurin main kat play park kat atas. puas dia dan lepas tu mintak naik kapal terbang pulak.


Dan Adam dah boleh berjalan few steps, 1, 2, 3, 4 jatuh. Nampakla dia nak usaha berjalan. tak la bermalas2an.


Semalam petang juga pi beli C3 Spirulina Gamat Emas. Orang2 kata good for Pregnant mom, pernah beli sebelum ni, tapi sebab rasa dia kurang syok, makanya aku tak continue. Tapi yg ini memang best, confirm best sebab perisa blackcurrant. Sesuai juga utk seisi keluarga sampai la ke baby. Beli 2 botol terus.

And hari ni adikku pepagi dah pi amik result PMR nya. Apa je result chai tahniah. itu yg telah diusahakan.

Ada plan nak ambik cuti lagi jumaat ni sebab cadang nak pi buat checkup kat swasta dan buat booking.